Hari pertama persekolahan tahun 2023, KJ dan kru Hot Fm tinjau suasana di sekolah

Penyampai radio Bekpes Hot yang semakin popular, Khairy Jamaluddin atau KJ, 47, selesa dirinya hanya dikenali sebagai penyampai radio dan bukan selebriti. KJ yang sudah sebulan menyandang tugas, ‘KJ Jadi DJ’ di Hot FM ditemui berkata apa yang dilaluinya kini sangat menarik dan banyak isu semasa boleh dibincangkan di radio. Dalam sebulan ini, pengalamannya cukup menarik. Selain daripada mempunyai rakan setugas yang terbaik, memang banyak isu jugalah kita dapat bincangkan. Contohnya, hari ini kita dapat kupas isu persekolahan yang dekat dengan hati rakyat dan kita dapat mendengar pandangan daripada rakyat biasa tentang anak-anak mereka dan isu dihadapi mereka untuk diutarakan di radio,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, KJ hadir bersama dua rakan penyampainya iaitu AG dan Johan berserta pasukan kerja Bekpes Hot melawat ke Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 bersempena hari pertama persekolahan 2023. Mengulas juga lawatan itu, KJ berkata beliau mahu melihat sama ada ibu bapa selesa dengan permulaan persekolahan pada pertengahan Mac memandangkan sebelum ini sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anak-anak sudah terbiasa memasuki sekolah pada awal Januari setiap tahun.

Apapun, pada tahun ini di kebanyakan sekolah, ibu bapa digalakkan untuk berada di sekolah dan minggu pertama pada tahun ini tidak ada kelas akademik tapi, ada kelas-kelas yang lain dan sebagainya. Banyak perubahan yang berlaku sekarang ini di sekolah-sekolah di Malaysia dan kita di Hot FM saja nak tengok keadaannya macam mana dan kita dapati sangat meriah pada hari pertama persekolahan ini,” katanya. Walaupun mendakwa dirinya sudah ‘pencen’ dari dunia politik, pembabitan KJ bersama Hot FM boleh dikatakan memberi ruang kepadanya untuk terus mendekati masyarakat dengan cara tersendiri dan kehadirannya amat disenangi ramai.

Sebelum ini, KJ juga bekas Menteri Kesihatan mengesahkan dirinya bakal menyertai Hot FM sebagai penyampai radio menerusi temuramah melalui telefon pada segmen Bekpes Hot dikendalikan Johan, AG dan Datuk AC Mizal pada 9 Februari dan memulakan kemunculan pertamanya pada 16 Februari. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.