Selepas tampil memukau di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37) Februari lalu dengan membawakan lagu Korban hasil ciptaan sepenuhnya, penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri kini memberi bayangan bakal muncul dengan lagu berentak irama tradisional. Menerusi perkongsian di Instagram, Ernie memuat naik foto yang memaparkan dia mengenakan fesyen tradisional ketika muncul di sebuah acara, baru-baru ini. Namun apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen yang ditulis oleh pelantun lagu Astana ini seolah-olah memberi bayangan akan mengeluarkan lagu irama tradisional.
Kalau ada lagu irama tradisional dari hamba, tuan hamba sudi dengar ke?,” tulisnya ringkas. Ternyata muat naik Ernie menjadi tumpuan warganet apabila rata-ratanya memberikan reaksi positif terhadap kapsyen tersebut dengan membalas pertanyaan Ernie. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen dengan berharap pemenang vokal terbaik AJL 35 itu dapat merealisasikan hasrat tersebut. Malah ada juga yang menyatakan kelunakan suara Ernie sangat bersesuaian dengan lagu berentak irama tradisional.
Untuk rekod, Ernie pernah merakamkan single raya pertamanya berentak irama tradisional berjudul Zapin Lebaran pada tahun lalu dan mendapat sambutan hangat daripada kalangan pendengar sekali gus mengangkat martabat irama tradisional tanah air. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.