Lawatan Ds Anwar Ibrahim ke Arab Saudi sangat memalukan, tak boleh berdiam sekali KJ dedah sebabnya

Bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata kegagalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk bertemu dengan rakan sejawatannya dari Arab Saudi semasa lawatan rasminya baru-baru ini hanyalah “kesilapan besar diplomatik”. “Macam mana pun alasan, (contohnya) yang mengatakan dia (Arab Saudi) minta perdana menteri tinggal sehari dua lagi, lepas itu boleh jumpa. Perdana menteri Malaysia tidak patut pergi ke Arab Saudi kalau tiada jadual tetap, itu saja, itu sahaja yang ada,” kata Khairy dalam podcast bersama bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan.

Kedua-dua bekas pemimpin itu dipecat daripada Umno baru-baru ini. Khairy bersetuju dengan cadangan Shahril bahawa kejadian itu bukan sahaja satu kesilapan, tetapi juga memalukan negara. Beliau berkata terdapat cubaan oleh ahli politik kerajaan untuk meremehkan kejadian itu. “Tidak, ini bukan kecil. Ini amat memalukan.”Beliau mengimbas kembali pengalamannya mengatur program lawatan perdana menteri ke luar negara.

“Saya tahu bahawa kita tidak akan pergi sekiranya program itu tak ‘ditetapkan’,” katanya, sambil menambah waktu lawatan Anwar pada awal Ramadan juga boleh dipersoalkan. “Sebab pada minggu pertama Ramadan, memang jadual-jadual tidak menentu, tak boleh buat saat-saat akhir. Saya difahamkan yang Arab Saudi sendiri telah memberi isyarat supaya cuba untuk jangan datang.” Beliau berkata inti pati isu itu ialah hakikat bahawa Wisma Putra mengesahkan bahawa Anwar akan bertemu kedua-dua pemerintah “de facto” Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz dan Mohammed.

“Jadi soal tarikh itu diubah dan sebagainya tak timbul. Tujuan anda pergi ke Arab Saudi adalah untuk bertemu dengan raja, dan lebih penting putera mahkota. Kita tahu bahawa sejak beberapa tahun yang lepas, yang sebenarnya menerajui kerajaan Arab Saudi adalah Putera Mahkota Mohammed bin Salman.” Berita bahawa lawatan rasmi tiga hari Anwar ke Arab Saudi berakhir tanpa sebarang pertemuan dengan Mohammed tidak lama kemudian diikuti dengan komen bertubi-tubi daripada pemimpin pembangkang, dengan media sosial dibanjiri sindiran mengenai lawatan itu.

Laporan Bernama berkata pertemuan itu tidak dapat berlangsung kerana putera mahkota itu mempunyai perubahan rancangan menjelang bulan Ramadan. Ini menyebabkan pakatan pembangkang Perikatan Nasional (PN) menuntut penjelasan mengenai peristiwa yang membawa kepada pembatalan pertemuan itu. Ramai juga membuat perbandingan dengan penghormatan yang diberikan kepada bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin pada 2021, di mana Mohammed, atau lebih dikenali sebagai MBS, menyambutnya secara peribadi di lapangan terbang.

Sebagai tindak balas, ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan unit propaganda kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri kengkritik pengkritik, mengatakan lawatan Anwar membuahkan hasil walaupun tidak bertemu putera mahkota. Ahli Parlimen Hulu Langat Sany Hamzan mempersoalkan mereka yang membandingkan layanan terhadap Anwar, di mana Muhyiddin diberi penghormatan memasuki Kaabah, satu keistimewaan yang jarang diberikan kepada orang kenamaan Islam.

“Apa yang rakyat dan negara dapat kalau perdana menteri dapat masuk Kaabah?” soal beliau. Tetapi Khairy dalam jawapannya berkata hujah ahli Parlimen itu tidak begitu tepat. “Bukan itu maksudnya. Dia cuba srng balik sebab agaknya rasa malu sebab benda ini telah berlaku. Kalau dia (Anwar) dapat masuk Kaabah, itu satu pengiktirafan bahawa dia adalah tetamu kepada raja, tetamu kepada penjaga dua kota suci. Maknanya, darjat perdana menteri yang melawat itu sangat-sangat tinggi.” Khairy dalam pada itu berkata kepentingan hubungan dengan Arab Saudi melangkaui persepsi umum bahawa kerajaan Malaysia sedang merayu untuk meningkatkan kuota haji dari Riyadh.

“Kalau kita lihat dari segi geopolitik, peranan yang dimainkan oleh Arab Saudi sekarang sangat-sangat penting, mungkin lebih penting daripada Turkiye.Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, menghadiri majlis berbuka puasa di Arab Saudi, 23 Mac. Gambar: Bernama Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan lawatan rasmi Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi hanya disambut pegawai berpangkat rendah, satu situasi yang sangat berbeza untuk pemimpin-pemimpin negara ketika membuat lawatan rasmi ke negara luar. Bekas perdana menteri itu berkata, ketika menyandang jawatan tersebut sebelum ini tidak ada satu negara pun yang gagal menyambut kedatangannya dan delegasi dari Malaysia.

Sebelum ini media melaporkan lawatan rasmi tiga hari Anwar ke Arab Saudi berakhir tanpa sebarang pertemuan dengan pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz dan putera mahkota Mohammed. Mahathir bagaimanapun berkata beliau tidak memahami mengapa kedua-dua pemerintah Arab itu enggan untuk berjumpa dengan Anwar. “Mungkin mereka ada satu pandangan yang kita tak tahulah yang menyebabkan mereka tak mahu jumpa Anwar. “(Tapi) yang jumpa Anwar pun pegawai yang amat rendah,” katanya pada satu sidang media di Putrajaya, hari ini.

Ketika ditanya sama ada beliau tahu dalang di sebalik penutupan operasi Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP), dengan nama pemimpin yang disebut di sebalik usaha tersebut ialah Presiden Amanah Mohamad Sabu, Mahathir tidak mengulas lanjut. Menurutnya, beliau hanya mengetahui berita tentang KSCIP dihentikan operasi tetapi tidak tahu siapa dalang di sebalik tindakan itu. KSCIP mula beroperasi di Kuala Lumpur pada 30 Mei 2017 selepas dicadangkan oleh Raja Arab Saudi yang berperanan sebagai badan untuk mengekang fahaman pelampau dan militan.

Pada tahun 2018 selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, Mohamad mengumumkan operasi KSCIP yang beroperasi di pejabat sementara di Jalan Ampang, Kuala Lumpur ditutup serta-merta. Beliau berkata fungsi badan itu diserap Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS), sebuah institusi di bawah Kementerian Pertahanan. Penubuhan KSCIP dikritik PH terutama pimpinan Amanah. Mereka mempertikaikan kelayakan Arab Saudi mewujudkan pusat seperti itu memandangkan doktrin rasmi negara itu menjadi ilham kepada fahaman IS.

Sumber: Limau Asam Boi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.