Tawaran berlakon makin berkurang sejak pakai tudung, Datin Lisa Surihani akui masih ada minat untuk berlakon

Pelakon dan pengacara Datin Lisa Surihani mengakui tawaran lakonan semakin berkurangan semenjak dirinya tampil bertudung sejak empat tahun lalu. Bagaimanapun Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia edisi ke-23 dan 26 itu
melihat situasi tersebut sebagai perkara biasa dan kini lebih cenderung kepada bidang pengacaraan yang turut memberi cabaran baharu buatnya. Sebenarnya keadaan seperti itu adalah perkara biasa. Tawaran berlakon tidak sebanyak dulu. Mungkin ada yang fikir saya sudah tidak mahu berlakon lagi. Sebenarnya minat saya pada lakonan masih ada, cuma ia terpulang pada rezeki. Namun pada peringkat sekarang, kecenderungan saya mungkin lebih berat kepada bidang pengacaraan. Saya minat untuk berlajar perkara baharu dan memperbaiki kekurangan yang ada.

Bagaimanapun dari segi proses menerima satu-satu tawaran itu, ia masih sama seperti dulu di mana saya akan meneliti beberapa faktor sebelum sebelum menyatakan persetujuan,” tegasnya. Isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim itu berkata demikian ketika ditemui pada acara pertunjukan fesyen Ariani Layar Raya 2023 yang turut menyaksikan pelantikannya sebagai duta tudung jenama popular itu bersama Bella Dally dan Uyaina Arshad. Mengakui teruja dengan tanggungjawab baharunya itu, Lisa, 37, berharap dapat memberikan yang terbaik, sekali gus membalas kepercayaan jenama terbabit pada dirinya.

Saya teruja dengan kerjasama ini dan seronok menggalas tanggungjawab baharu ini. Walaupun sejak kecil saya sudah biasa menjadi model katelog untuk pakaian, namun kali ini rasa sedikit kekok kerana perlu menggayakan tudung di depan kamera. Bagaimanapun alhamdulillah semuanya berjalan lancar kerana ramai yang membantu dan memberi panduan kepada saya ketika menjalani sesi fotografi tersebut. Dalam pada itu, mengulas tentang pujian ramai yang sering diterima sejak tampil bertudung, ibu kepada Yahaira Leanne, 8; Yusof Leonne, 6, dan Yunos Laith, 2, itu mengakui kadang-kadang dibelenggu perasaan takut andai terleka dengan kata-kata pujian yang diberikan.

Sejujurnya, saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang lahir perasaan suka dengan semua itu. Bagaimanapun saya cuba menjaga cara pertuturan dan tingkah laku sebaiknya. Semua ini datangnya daripada Allah. Sebagai manusia biasa, ada ketika hati kita rapuh dan mudah berbolak balik. Jadi kita kena cuba sebaiknya untuk kekal istiqamah terutamanya pada saat kita jatuh tersungkur. Sentiasa berdoa agar kita tidak mudah berputus asa dalam perjalanan ke arah kebaikan itu. Kredit Sinar Plus. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.