Dah 3 tahun berpisah, Dr Che Hafiz terkejut bila tiba tiba bekas isteri buat tuntutan mutaah RM1 juta

KEMELUT di antara Lufya Omar dan Dr Che Hafiz memasuki episod baharu apabila pelakon dan penyanyi itu memfailkan tuntutan mutaah berjumlah RM1 juta terhadap bekas suaminya itu pada Khamis. Dr Che Hafiz atau Che Muhammad Gafiz Che Baharum berkata, dia terkejut apabila menerima notis tuntutan berkenaan walaupun mereka sudah berpisah tiga tahun lalu. “Saya nak minta maaf, perkara ini peribadi dan saya tidak mahu beri apa-apa kenyataan buat masa sekarang sebab menghormati isteri saya. “Memang saya terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan,” katanya.

Lufya dan Dr Che Hafiz sebelum itu hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi membuat penyerahan dokumen berkenaan tuntutan tersebut. Dalam pada itu, peguam yang mewakili Dr Che Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh memberitahu anak guamnya menerima notis tuntutan berkenaan pada Oktober tahun lalu. Kata Abdul Hadi, Lufya dan Dr Che Hafiz sudah menjalani proses sulh sebelum ini namun kedua-dua mereka gagal mencapai kata sepakat berhubung tuntutan berkenaan. “Mutaah adalah sagu hati daripada bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai. Jadi Lufya ada membuat tuntutan berkenaan pada Oktober 2022 dan hari ini adalah bagi pengurusan kes selepas kedua-dua mereka gagal mencapai kata sepakat menerusi proses sulh.

“Setakat ini semua masih dalam proses perbincangan dan mahkamah yang akan menentukan mengikut syarat-syarat tertentu,” ujarnya. Sementara itu, Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 38, yang turut hadir ditemani peguam kelihatan sugul dan mengelak daripada ditemu bual media. Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Che Hafiz berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.