Hari ini berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan pasangan selebriti Fuad Rahman dan Tom yang diadakan di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru. Majlis yang diadakan di lokasi sama acara Foodstival anjuran StarVendors itu berlangsung penuh warna-warni dan meriah dengan kehadiran rakan artis dan peminat yang meraikan pasangan sama cantik sama padan itu dalam persalinan songket berwarna krim cerah. Majlis perkahwinan tersebut sekali gus mencipta rekod apabila mereka menjadi pasangan selebriti pertama yang melangsungkan resepsi di acara StarVendors. Menariknya, majlis resepsi tersebut telah ditaja oleh pihak Star Vendors dengan jumlah tajaan sebanyak RM1 juta.
Pada 26 Februari lalu, Fuad yang juga penyanyi berasal dari Singapura itu sah menikahi Tom sebagai isteri dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Batam, Indonesia. Dalam majlis itu, Tom atau nama lengkapnya Raja Farah Afzal Raja Ikram menerima mas kahwin sebentuk cincin daripada Fuad. Bagaimanapun harga mas kahwin tersebut dirahsiakan.Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah yang dilantik dengan disaksikan oleh dua orang abang kepada Fuad iaitu Rozlan Abdul Rahman dan Rasli Abdul Rahman serta berwalikan adik lelaki Tom, Raja Ahmad Faris Afiq. Berkongsi mengenai detik percintaan mereka berdua, Fuad tidak menyangka apabila jodoh mereka yang sebelum ini terhenti kembali bertaut semula selepas sama-sama menyertai program realiti nyanyian.
Kami tidak dijodohkan ketika itu apabila Tom sudah berkahwin lain dan saya berjumpa dengan jodoh saya. Kemudian siapa sangka, takdir menemukan semula kami di Gegar Vaganza 9. Sejak daripada GV, saya merasakan itu masa yang paling tepat untuk pilih dia sebagai isteri. Daripada GV juga saya dah beritahu Tom saya ingin bersama dia sampai keluar uban saya, sampai akhir hayat. Saya memang sangat sayang dia, berjumpa keluarga pihak dia dan pihak saya. Semua terima dengan baik dan gembira bila tahu kami ingin mendirikan rumah tangga,” kongsi Fuad. Pasangan itu mengambil pentas utama acara Foodstival dengan hiasan pelamin yang cukup mewah sambil diraikan oleh ribuan tetamu yang hadir.
Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.