Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini, ramai yang luah rasa terharu bila tengok Adira Suhaimi dan Datin Red

Berkahwin lebih daripada satu adalah kehidupan yang diimpikan oleh kebanyakan lelaki, tetapi tidak bagi wanita terutama apabila tahu diri mereka telah dimadukan. Bagi mereka, dimadukan selalunya dianggap ‘hempedu’ dan pastinya mereka tidak mahu hidup bermadu kasih dengan orang lain. Bagaimanapun, urusan jodoh adalah sesuatu yang sukar diramal kerana semuanya ketentuan Yang Maha Esa meskipun sukar bagi seseorang wanita menerima hakikat hidup bermadu. Pun begitu, perkongsian penyanyi berlunak merdu Adira Suhaimi bersama madunya, Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim atau dikenali Datin Red menarik perhatian ramai apabila mereka berdua memuat naik hantaran yang sama di laman TikTok.

Menerusi hantaran dikongsikan, pemilik nama Siti Adira Suhaimi dia bersama Datin Red hadir ke  sebuah majlis pertunjukan fesyen yang menampilan kemunculan pertama anak sulung Datuk Red di atas pentas peragaan. “Hari itu post video lelaki (suami). Hari ini video madu. Screetshot (tangkap layar) cepat,”tulis Adira. Manakala hantaran Datin Red pula menyatakan dia sangat sayang akan madunya dan berharap dapat pelihara hubungan akrab. “Alhamdulillah, semoga Allah SWT menjaga hubungan ini. Kepada maduku yang cantik, saya sayang awak dunia akhirat,” tulis Datin Red.

Datin Red turut menitipkan ucapan tahniah buat anak sulungnya, Awin atas kemunculan pertama di pentas peragaan. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan hubungan akrab yang ditunjukan oleh Adira bersama madunya meskipun tahu pahit untuk menerima kehadiran seseorang terutama isteri pertama. Mereka juga mengatakan kemesraan yang terjalin antara kedua-dua isteri tersebut adalah berdasarkan kepayahan seorang suami menjaga keharmonian rumah tangga. Klik sini untuk lihat video.

Untuk rekod, Adira berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu (Datuk Red) di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3 dan Ayoub. Sumber, TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.