PENYANYI Mark Adam memberitahu dia terpaksa mengambil alih kerja membina kediaman ibu mertuanya setelah kontraktor yang diupah telah lari. Mark atau Fikri Mark Abdullah, 44 berkata dia bakal menyambung kerja terbengkalai itu bersama rakan serta abang iparnya untuk menyiapkan kediaman tersebut. “Status sekarang rumah itu saya kena teruskan menyambung projek tersebut dengan hasil tangan sendiri, buat sendiri dengan rakan-rakan serta dibantu bersama abang ipar. “Walaupun mereka tolong pastinya akan ada bayaran untuk itu, sejujurnya saya terpaksa menanggung kerugian sebelum ini tetapi saya anggap ini sebagai satu ujian.
“Saya sedih sebab impian untuk hadiahkan rumah kepada ibu dan ayah mertua tidak kesempaian, tapi tak apa saya anggap ini satu pembelajaran buat saya,” kata Mark. Terdahulu ISTERI kepada penyanyi Mark Adam iaitu Norazah Redzuan meluahkan rasa terkilan apabila projek rumah yang dibina untuk ibu bapanya telah dibiarkan terbengkalai oleh pihak kontraktor. Kata Norazah, pihak kontraktor tersebut telah mengingkari janji untuk menyiapkan rumah berkenaan pada tarikh yang ditetapkan sebelum menghilangkan diri. “Dekat dunia kau boleh terlepas, dekat akhirat kau menjawab.
“Kau tahu niat aku bina rumah ini untuk mak bapak aku biar merasa duduk selesa, dan kau dan berjanji demi tuhan akan siapkan. Tiba masa kau tipu. “Tidak apa, kau boleh lari, lari jauh-jauh. Demi ALLAH, aku tak akan halalkan satu sen pun duit aku yang kau makan. Pun begitu, Norazah tetap berfikiran positif dan menganggap perkara yang berlaku itu merupakan ujian buat dirinya sekeluarga. Dalam masa sama, dia turut mengingatkan Mark Adam bahawa akan ada rezeki lain buat mereka. “Kau berani aniaya orang lagi. Memang sakit, geram, terkilan semua ada. Tapi mungkin ini ujian daripada ALLAH dan ada hikmah di sebaliknya.
“Tidak apa baby (Mark), kita rugi sekarang, janji niat kita nak tengok mak abah duduk rumah itu kita teruskan. Insya-ALLAH ada hikmah,” tambahnya. Difahamkan, projek tersebut telah bermula sejak tiga bulan lalu, namun tidak dihabiskan oleh pihak kontraktor apabila mereka dikatakan telah menghilangkan diri. Bertambah buruk lagi, Mark dan Norazah sudahpun membayar penuh jumlah wang bagi projek binaan tersebut. Sumber: Limau Asam Boi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.