Hubungan dengan anak anak sangat rapat, sekali Farid Kamil pertikaikan bila Diana cakap anknya trauma

Konflik rumahtangga yang dialami pelakon Farid Kamil dan isterinya Diana Danielle sejujurnya mengejutkan ramai pihak, apatah lagi pasangan itu dilihat sebagai pasangan yang bahagia. Diana Daniella yang ditemui semalam mendedahkan bahawa anak perempuannya trauma dengan Farid Kamil. Walau bagaimanapun perkara itu menimbulkan tanda tanya apabila Diana tidak mendedahkan butiran lanjut atas dakwaan tersebut. Menurut laporan Harian Metro, Farid Kamil yang ditemui di Majlis Pelancaran Filem mendedahkan dirinya tidak mengetahui trauma apakah yang dialami anaknya Aurora, kerana hubungannya dan anak-anak sangat rapat

Farid Kamil yang ditemui mendedahkan Diana telah menghalangnya berjumpa anak-anaknya, dan tidak mengetahui kenapa dirinya dihalang daripada berjumpa anak kandungnya. Dia juga tidak mengetahui keberadaan anaknya berada buat masa ini. “Adakah kerana saya bertanya soalan peribadi yang menyinggung perasaan dia (Diana)? Saya tidak tahu kenapa saya dihalang dari berjumpa anak-anak dan itu kena tanya Diana.” Pelakon utama Anwar The Untold Story itu juga berkata dia rindukan anak-anaknya Aurora dan Muhammad, namun hanya Allah tempatnya mengadu.

Farid juga berkata dia mendapat taufik dan hidayah ketika menjalankan ibadah umrah dan ziarah baru-baru ini, dan sekaligus meningkatkan tahap kesabarannya untuk merempuh dugaan yang dihadapinya ini. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.