Rasa macam cepat je ank membesar, Maryam sebak bila ank sulung mula masuk sekolah

Sebagai seorang ibu pastinya sebak melihat anak-anak yang dijaga dari kecil mula membesar dan bersekolah. Begitulah kisah Maryam Durian kimchi yang tidak dapat menahan sebak menghantar anaknya, Rina ke sekolah. Menerusi hantaran di TikTok, Ryzal Ibrahim memuat naik momen isterinya, Maryam yang mengalirkan air mata sejurus anaknya dihantar ke sekolah. Difahamkan, video itu diambil pada hari ke lima Rina mula bersekolah. Namun, Maryam masih merasakan sebak seperti pertama kali berjauhan. Dalam video itu, Ryzal dilihat cuba untuk menenangkan Maryam dengan berseloroh mengenai anak mereka sendiri. Klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat video yang dikongsi itu. Selain itu, terdapat juga warganetyang sempat berselor0h untuk tidak berkahwin jika tidak dikurniakan seseorang seperti Ryzal yang dikatakan pandai melayan isteri. Maryam yang akhirnya tertawa itu membuatkan warganet memuji cara Ryzal melayan isterinya.

Kredit sinar viral.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.