Membawa pulang trofi berprstij Oscar, akhirnya impian Michelle Yeoh tercapai juga

Angan-angan itu percuma. Namun, tidak salah juga sekiranya ‘mimpi indah’ yang hadir itu cuba dijadikan satu impian besar yang ingin dicapai. Apatah lagi, yakin dengan usaha dilakukan. Bagi aktres ternama Hollywood kelahiran Malaysia yang berasal dari Ipoh, Perak iaitu Tan Sri Michelle Yeoh, beliau juga menyimpan pelbagai impian untuk dicapainya dan kini sudah berjaya. Menjadi pelakon wanita pertama dari Asia yang membawa pulang trofi berprestij Oscar pastinya kenangan manis, sekali gus sejarah yang tak akan pernah padam buat dirinya sampai bila-bila.

Pada usia 61 tahun, Michelle dalam sekelip mata dilimpahi tuah dan rezeki apabila meraih beberapa anugerah hebat yang mengiktiraf bakat lakonan cemerlangnya di persada hiburan dunia. Michelle menerima Oscar untuk pencalonan kali pertama di pentas acara Anugerah Academy 2023 bagi edisi ke-95 di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin lalu menerusi filem Everything Everywhere All at Once. Secara tiba-tiba mengharumkan juga nama Malaysia, Michelle berkata, kepada wanita jangan biarkan sesiapa pun memberitahu anda bahawa masa untuk menikmati kejayaan itu sudah berlalu.

“Impian adalah sesuatu yang indah dan tidak pernah hilang selagi ada dalam diri. Ia boleh menjadi kenyataan selama mana adanya keinginan dan keyakinan. Teruskan mengejar impian itu tanpa putus asa,” katanya. Beliau diperkenalkan di Hollywood sebagai gadis Bond dengan watak Wai Lin dalam filem 007, Tomorrow Never Dies pada 1997 mengakui apa yang dimilikinya dalam genggaman kini tidak akan dapat dicapai tanpa peluang. Saya melihat detik budaya di mana orang Asia akhirnya dapat mencari suara yang lebih besar di Hollywood dan masyarakat dengan peluang diberikan. Kami hanya perlu mengayunkan bot dan berkata, lihat kami.

Berikan peluang kerana kami ada dan wujud dalam masyarakat anda. Kami kini menjadi sebahagian daripada masyarakat dan sebahagian besar dalam keseluruhan komuniti. Jadi, kami berjuang untuk itu. Sentiasa meletakkan semangat, kesungguhan dan komited dalam hasil kerjanya, Michelle berkata, dia perlu bekerja keras selepas mendapat setiap peluang yang diinginkan. Katanya, beliau perlu membuktikan apa yang diperoleh itu layak untuknya. Sehingga kini, boleh dikatakan dia sudah banyak mendapat peluang membintangi filem ‘blockbuster’ Hollywood seperti Guardians of the Galaxy Vol. 2, Crzy Rich Asians, Shang-Chi And The Legend Of The Ten Rings, termasuk siri TV popular, Star Trek: Discovery dan The Witcher: Bld Origin. Bagi anugerah pula, Michelle sudah merangkul beberapa trofi pengiktirafan Pelakon Wanita Terbaik antaranya di Anugerah Independent Spirit Award, Anugerah Local Film Critics, Golden Globe dan Anugerah Screen Actors Guild (SAG), selain Oscar.

Sebagaimana diluahkan bahawa ibu tercinta, Datin Janet Yeoh adalah ‘superhero’ hebat dihatinya, wanita yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik, Miss World Malaysia 1983 ini terus menghubungi ibunya sejurus selepas menerima Oscar. Restu dan kasih sayang diberikan Janet selama ini menjadi pendorong semangat Michelle untuk membuktikan apa yang dilakukannya adalah keputusan terbaik. Malah, penantian keluarganya berbaloi. Janet berkata, dia selalu menyokong anaknya tanpa rasa berbelah bagi kerana kerajinan dan semangat juang ditunjukkan. Katanya, sekarang masa untuk dia berbangga dengan semua kejayaan Michelle.

Dia anak perempuan saya yang sangat disayangi. Dia orangnya hebat dan semangat diri pun kuat. Saya gembira dan bersyukur melihat dia sudah berjaya membuat keluarga bangga dengannya. Saya akan terus memberikan dia sokongan padu. Kami sekeluarga akan selalu ada bersamanya sejak dulu dan sampai bila-bila pun. Dia kebanggaan kami,” katanya juga peminat nombor satu Michelle. Janet yang hadir pada acara The Pride of Malaysia sempena tontonan Eksklusif Oscar 2023 baru-baru ini berkata, dia sebenarnya cukup yakin dan sudah menjangkakan anaknya itu akan menang.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.