Rupanya Michelle Yeoh, pelakon Asia pertama yang menang Oscar

Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, umpama sudah melengkapkan ‘portfolio’  karier seninya apabila dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik, di Anugerah Academy atau Oscar bagi edisi Ke-95, di Los Angeles, sebentar tadi. Acara penuh meriah disiarkan secara langsung dari Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) itu, secara tidak langsung melakar sejarah bermakna buat Yeoh yang menjadi pelakon wanita utama dari Asia memenangi anugerah berprestij itu.

Yeoh, 61, memenangi trofi idaman seluruh pengkarya seni di dunia menerusi lakonan hebatnya sebagai Evelyn Quan Wang dalam filem Everything Everywhere All At Once arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert. Ketika menerima trofi, Yeoh mendedikasikan kemenangannya buat ibu tercinta, Datin Janet Yeoh yang baginya memiliki semangat wanita kental dan cekal, terutama dalam memberikan sokongan padu kepadanya. Impian menjadi kenyataan. Ini adalah bukti bahawa impian besar dan impian itu akhirnya menjadi kenyataan.

Untuk semua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menonton, ini adalah suar harapan. Dan, untuk wanita jangan biarkan sesiapa memberitahu anda bahawa kamu sudah  melepasi masa kejayaan. Wanita jangan pernah putus asa,” katanya dengan nada sebak. Lebih membanggakan, pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu menewaskan nama besar seperti Cate Blanchett yang tercalon menerusi filem TÁR, Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans).

Terdahulu, menerusi watak dijayakan Yeoh dalam filem ditayangkan Mac tahun lalu itu turut membawa tuah kepadanya apabila memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi, Anugerah Golden Globe dan Pelakon Wanita Terbaik, Screen Actors Guild Awards (SAG). Filem ‘box office’, Everything Everywhere All At Once menyaksikan Yeoh melakonkan watak isteri dan ibu yang mahu menyelamatkan dunia. Ia berikutan,  watak beliau yang dipaparkan berketurunan Cina-Amerika terpaksa bergelut dengan masalah kehidupan.

Susulan itu, Yeoh menerima pencalonan dalam Oscar Ke-95 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, sekali gus menjadi pelakon wanita Asia pertama yang mendapat pengiktirafan penganjur, The Academy of Motion Pictures Arts and Sciences untuk dicalonkan dalam kategori utama. Terdahulu, detik bersejarah Yeoh itu turut diraikan ibnya, keluarga, saudara terdekat serta tetamu jemputan istimewa pada acara Tontonan Eksklusif  Oscar 2023 – Kebanggaan Malaysia di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, di sini.

Kredit Harian metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.