Misha berkata, setiap perkongsiannya di media sosial akan mendapat reaksi positif dan negatif daripada warganet dan kita perlu ada kesedaran mengenai apa yang mahu dikongsikan. Kita perlu bersedia untuk menerima sebarang komen sama ada negatif atau positif, jika tidak bersedia jangan kongsikan,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Misha, dia selalu meletakkan sempadan dalam dirinya agar kata-kata kesat dilemparkan warganet tidak meracuni fikirannya. Katanya, sudah adat menjadi anak seni, semua perkara dilakukan mendapat perhatian ramai. Ada pihak yang sengaja mempersoalkan dan mencari salahnya. Selepas lebih dua dekad dalam bidang seni, saya semakin matang dengan kebebasan yang ada terutamanya di media sosial.
Misha berkata, semua orang boleh memberi pendapat mengenainya tapi pendapat itu bukan mewakili dirinya. Saya hormat pendapat yang diberikan. Saya terima kata kesat orang mengenai diri saya, namun saya tak benarkan ia jadi racun dalam diri. Saya juga tidak perlu semua orang suka pada saya, cukuplah segelintir,” katanya. Misha berkata, mempunyai ramai kenalan yang berdepan dengan masalah ‘anxiety’ dan kemurungan melatih dirinya menjadi pendengar yang baik.
“Kita kena kuat jika mendampingi orang ada penyakit mental. Sebenarnya mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental ini hanya perlukan seorang yang boleh menjadi pendengar yang baik dan memberi respons yang menenangkan, Sudah tiba masanya pesakit mental tidak lagi takut dengan penyakit yang mereka hadapi hanya kerana bimbang dengan tanggapan masyarakat. Keluar dan bersuaralah jika itu membantu anda untuk pulih. Jangan takut untuk sayangi diri dan menjadi sihat seperti sedia kala,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran buku Senandika : Bercakap Seorang Diri karya Maliah Surip, di sini. Hadir sama, Datuk Amy Search.
Sementara itu, Maliah yang juga bekas Pengarang Hiburan sebuah akhbar harian berkata, buku itu memaparkan kisah penderitaannya selepas didiagnosis General Anxiety Disorder (GAD) dan MDD atau kemurungan teruk sejak 2019. Saya berkongsi pengalaman diri yang tidak pernah sedar menghidap penyakit mental, selepas diagnos, perlu mendapatkan rawatan berkala dan mengambil ubat setiap hari sampai hari ini. Buku berharga RM28 di pasaran ini mengajak pesakit mental tetap bangkit dan bersemangat untuk terus berjuang dan pulih serta mencari kehidupan yang baik.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.