Sejak kebelakangan ini, simbol jari ‘Allah yang satu’ sering dikaitkan dengan individu yang berlaku tak setia dan mengasari wanita ekoran beberapa kes hangat yang tular. Susulan itu, penyampai radio dan pengacara popular, Nabil Ahmad akui kesal dengan segelintir warganet dan menyifatkan ia sebagai mempermainkan agama. Memetik laporan Gempak, Nabil berpendapat bahawa warganet tidak sepatutnya mengaitkan agama dengan kelakuan buruk yang dilakukan seseorang. Bagi saya, tanda itu (Allah yang satu) tak patut dimainkan. Jangan libatkan agama dengan perbuatan orang itu. Yang bermasalah adalah individu itu sendiri.
Jangan fasal dia atau apa yang dia dah buat, contohnya dia pergi keluar tabligh, dia angkat tanda (la ilaha illallahmuhammadur Rasulullah) terus anggap ini adalah tanda-tanda lelaki akan tak setia dan mengasari isteri. Oh no! Salah. Orang yang perlekehkan tanda itu, pada saya dia patut minta nasihat ustaz ke. Kita faham perasaan kau marah dengan perbuatan orang itu tapi tak ada kena mengena dengan tanda itu,” luahnya kepada Gempak. Malah, Nabil juga menyatakan simbol tersebut tidak patut dipermainkan kerana ia juga dilakukan ketika menunaikan solat.
Memperlekehkan tanda itu, bagi saya, tidak patut. Tanda itu juga sama seperti kita buat masa tahiyat awal dan akhir kan. Takut akidah lari sebab perlekehkan benda-benda maca mini. Kalau tak tahu, jangan nak tuduh, jangan nak perlekeh… dapatkan nasihat daripada orang yang tahu. Yang jadi masalah individu itu, bukan agama. Agama ajar yang baik, betul, terang, jelas dan nyata hakikatnya semua ada dalam Al-Quran dan Nabi ajar kita benda-benda yang macam itu,” jelasnya lagi. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.