Sempena bulan Ramadan, Fattah Amin nekad untuk lancarkan 5 buah zikir eksklusif

SEMPENA Ramadan ini, penyanyi Fattah Amin melancarkan lima buah lagu zikir eksklusif yang boleh dihayati melalui aplikasi Mukmin Pro. Menurut Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 32, ini merupakan satu penghargaan buatnya kerana dapat melagukan zikir menerusi aplikasi berkenaan. Kata Fattah, dia berharap dengan alunan zikir-zikir ini dapat memberikan ketenangan buat mereka yang mendengarnya sepanjang bulan Ramadan ini. “Saya bersemangat untuk berkongsi lagu-lagu zikir ini dengan peminat dan komuniti Muslim yang lebih luas.

“Ia merupakan penghormatan untuk melagukan zikir ini secara eksklusif di aplikasi Mukmin Pro dan saya berharap ia dapat membawa ketenangan dan kedamaian kepada semua,” katanya. Antara lima trek zikir yang dialunkan oleh pelakon filem Mat Kilau itu termasuk Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla wa la Quwwata illa billah, Rabbi Yassir, dan Zikir Fatimah. Peminat pasti akan teruja mendengar suara Fattah dalam genre baharu dan dapat menghayati zikir-zikir ini bagi refleksi dan meditasi spiritual sepanjang Ramadan. Alunan zikir ini boleh dihayati menerusi Spotify, Apple Music dan YouTube mulai minggu pertama Ramadan.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.