Selamba je dia boleh tengking depan orang ramai, Nadia Brian nekad untuk ambil tindakan pada individu ni

Pelakon Nadia Brian meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang peniaga pakaian yang menengkingnya di hadapan orang awam ketika menjayakan karnival jualan Starvendors di Johor Bahru, baru-baru ini. Menurut Nadia, dia tidak mengenali pengurus jenama pakaian Mariyah Holdings tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap perbuatannya yang turut menularkan video berkenaan sebelum dipadam. Malah, Nadia turut menyifatkan tindakan peniaga tersebut sangat melampau dan memalukan selepas memarahinya serta merekod kejadian terbabit demi sebuah content tanpa persetujuannya. This is too much!!! Ambil video content tanpa persetujuan saya! Tengking-tengking saya tanya kenal dia tak, saya tak kenal! Ini memalukan saya, apa jenis content ni.

Saya akan ambil tindakan! Sebab awak ada duit, awak boleh nak buat content macam ni? Gunakan maruah orang dengan percuma!,” tulisnya. Selain itu, pelakon jelita itu turut meluahkan rasa kesal kerana niat baiknya untuk berniaga dan mencari rezeki seperti ditindas oleh mereka yang pentingkan diri untuk membuat content. Saya datang sana untuk berniaga, mencari rezeki! Bukan dengan cara macam ni! Jangan menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri walaupun banyak mana pun duit kita. Tak perlu lakukan macam ni walaupun sekadar content. Berdasarkan pemerhatian XTRA, usahawan tersebut yang dikenali sebagai Madam Mariyah itu juga telah tampil membuat permohonan maaf dan kesal dengan tindakannya.

Menurut Mariyah, dia tiada niat untuk berbuat sedemikian dan tidak sedar tindakannya itu dirakam oleh pekerjanya. Kepada Nadia Brahim (Brian), kalau pasal video yang saya uploadkan dekat dalam TikTok yang budak-budak (pekerja) saya uploadkan tu memalukan awak, saya minta maaf. Jauh di sudut hati saya takda pun niat nak memalukan sebab saya pun peminat awak dengan lakonan-lakonan awak yang sangat hidup. Bila saya nampak awak secara live, saya sangat teruja dan saya tak tahu pula yang content karakter (creator) saya ambil video dan viral,” katanya. Klik sini untuk lihat video.

Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.