SUSULAN tular video menengking dan memalukan pelakon Nadia Brian di khalayak, usahawan Mariyah Yaakob tampil membuat permohonan maaf kepada aktres berkenaan. Mengakui rakaman video yang dibuat itu hanyalah sekadar untuk kandungan media sosial, Mariyah, 55, memberitahu dia tiada niat mahu menggores hati Nadia sehingga menjadi satu isu besar. “Saya ini peminat dia. Jadi apabila berjumpa itu saya cuba tegur mengusik dia dengan gurauan. Tak sangka pula ia telah menggores hati Nadia dan dia tidak boleh terima dengan gurauan tersebut.
“Rakaman tersebut hanyalah content di media sosial. Kalau sesiapa yang follow saya pasti tahu itulah karakter saya. Memanglah saya suka marah-marah, tetapi ia hanya gurauan. “Kepada Nadia saya mohon maaf atas video tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis. Sebelum ini, tular video Mariyah mengajak Nadia untuk membuat content media sosial ketika mereka bertemu di sebuah acara yang berlangsung di Johor. Nadia bagaimanapun menolak tawaran itu secara baik. Mariyah kemudiannya secara spontan meninggi suara dengan mengatakan pelakon itu seorang yang sombong kerana tidak mahu memberi kerjasama.
Bebang dengan tindakan Mariyah memalukan dirinya di hadapan orang ramai, Nadia memberitahu dia sudah mendapatkan nasihat peguam dan berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang. Menjawab mengenai perkara itu, Mariyah berkata dia sudah bersedia untuk berdepan dengan apa sahaja tindakan yang bakal dilakukan Nadia. “Pihak pengurusan kami ada berhubung dan dia (Nadia)… kami pun dah padam video berkenaan. Tapi saya tidak dapat bercakap dengan Nadia secara peribadi, hanya berhubung melalui pihak pengurusan masing-masing.
“Jika Nadia mahu mengambil tindakan, itu adalah hak dia dan saya tidak boleh nak buat apa. Jauh di sudut hati saya, tiada niat pun untuk melukakan hati atau memalukan Nadia. “Saya pun dah buat video minta maaf. Walaupun salah sebut nama, saya mahu orang tahu saya sudah minta maaf kepada Nadia Brian,” jelasnya. Meskipun dikritik warganet, Mariyah berkata dia tidak ambil peduli dengan komen negatif yang ditulis warganet itu. Kredit, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.