Selepas 10 tahun, Mimi Lana teruja bakal lebarkan sayap ke Jakarta

Pelakon Mimi Lana tampil berkongsi dirinya bakal melebarkan sayap lakonannya ke Jakarta buat pertama kali selepas 10 tahun terlibat dalam industri seni tanah air. Menurut Mimi, dia berasa sangat teruja apabila dirinya bakal terlibat dalam sebuah penggambaran filem dari negara seberang dalam masa terdekat ini. Perkara itu telah dikongsikan oleh Mimi ketika ditemu bual di sesi bergambar Duta Seindah Kasih Media Prima, Isnin lalu. Insya-Allah bulan depan saya akan pergi ke Jakarta untuk shooting filem. Tapi berkemungkinan juga akan ditunda ke lepas raya sebab jadual masih belum keluar lagi.

Ini kali pertama saya melebarkan saya ke luar negara. So far saya masih menunggu jadual dan skrip dan untuk persiapan saya akan pergi ke sana awal sedikit sebab kita perlu membuat persiapan dengan produksi sana. Saya pun baru sangat habis shooting untuk Mencari Ramlee. Jadi bulan ni macam nak bertenang sikit untuk buat content dan kempen. Jadi bulan depan baru saya mulakan balik shooting,” katanya. Biarpun dirinya kini sibuk menguruskan persiapan perkahwinannya bersama Syafiq Kyle tidak lama lagi, pelakon jelita itu turut meluahkan rasa bersyukur kerana masih boleh membahagikan masa dengan baik. Alhamdulillah, setakat ini masa tu masih lagi boleh dibahagikan sebab saya masih muda, saya tak rasa benda tu jadi masalah untuk saya.

Mungkin waktu saya rehat nanti bila saya rasa saya betul-betul perlu rehat. Untuk masa sekarang ni saya masih lagi mampu manage masa saya. Ofcourse burnout tu ada bila shooting tapi kita kena hadap je benda tu sebab mungkin ada lagi ramai orang yang lebih penat daripada kita. Dan saya rasa dengan energy yang saya ada saya patut gunakannya dengan sebaik mungkin,” jelasnya. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.