Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa enggan mengulas lanjut mengenai desas-desus kakaknya, Noor Nabila yang didakwa sudah berpisah. Menurut Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dia menghormati privasi kakaknya dan tidak mahu memberikan komen yang boleh merosakkan keadaan. “Saya tak nak komen apa-apa. Lebih baik saya tidak komen apa-apa. Lebih baik saya mendoakan saja. “Sudah tentu sebagai ahli keluarga dan juga adik beradik, saya mendoakan yang terbaik. Jadi saya tak mahu komen apa-apa,” katanya ketika ditemui.
Neelofa menjawab pertanyaan media mengenai kegoyahan rumah tangga kakaknya ketika di pelancaran koleksi Warisan di butik Naelofar di KL East Mall, Kuala Lumpur pada Selasa. Terdahulu, media melaporkan bahawa rumah tangga Noor Nabila dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin didakwa sudah retak menanti belah.Sumber rapat kepada pasangan itu berkata, mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perpisahan.
Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. Kredit: astro gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.