Digelar sebagai lagenda rock, ini beberapa pekara yang orang ramai tak tahu tentang Datuk Ramli Sarip

Datuk Ramli Sarip merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Singapura. Beliau telah menceburi bidang seni sejak tahun 1964 dan masih aktif sehingga kini. Penyanyi yang digelar sebagai ‘Papa Rock’ ini merupakan bekas vokalis utama bagi kumpulan Sweet Charity dari tahun 1969 hingga 1986 sebelum bergerak solo sehingga hari ini. Walaupun digelar sebagai legenda rock, Datuk Ramli Sarip tetap selesa dengan genre lain seperti world music, lagu-lagu puisi dan kontemporari nasyid. Bukan itu sahaja, penyanyi yang popular dengan lagu Kamelia, Doa Buat Kekasih, Teratai dan banyak lagi ini merupakan artis Melayu pertama yang mengeluarkan box-set antologi yang berjudul Ziarah Seni pada tahun 1994.

Jadi, ini antara perkara yang ramai tidak tahu tentang Datuk Ramli Sarip. Sumber Utusan. 1. Suka Tanam Pokok & Bela Ikan Hiasan. Saya suka juga tanam pokok-pokok hiasan dan bela ikan hiasan, Ini yang dikatakan walaupun jiwa rock tapi dalam hati ada taman. 2. Pengumpul T-shirt Rock. Saya seorang pengumpul t-shirt rock dan saya ada banyak koleksi. Wah! Datuk taknak buat preloved ke dekat peminat-peminat. 3. Tabiat Bila Sampai Kedai Makan Tapi Tak Jadi Makan. Kadang saya nak makan dekat satu tempat, saya datang tapi bila sampai tempat tu saya taknak makan. Saya berubah fikiran, saya rasa macam tak kena. Siapa kata lelaki tak complicated pasal tempat makan.

4. Makan & Minum Di Tempat Berlainan. Kadang-kadang kalau saya dah makan di kedai tu saya akan minum di kedai lain pulak kerana saya suka mencari apa yang saya suka” Memang rare tabiat pelik Datuk Ramli Sarip. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.