Ada yang cakap Elisya ada masalah dengan keluarga mertua, tak boleh berdiam sekali ini respon dari tuan badan

PELAKON Elisya Sandha akui tertekan apabila ada segelintir pihak cuba menabur cerita tak elok kononnya dia bermasam muka dengan ibu mentuanya iaitu penerbit dan pelakon Sheila Rusly. Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 24, berkata, dia pelik keputusannya untuk hidup berdikari dengan berpindah ke rumah sendiri selepas berkahwin di salah erti sesetengah pihak. “Bila duduk rumah mentua ada yang tanya bila nak pindah, kemudian bila dah ada rumah sendiri orang kata saya dan mentua gdh pula. Ada sahaja tidak kena. “Saya beritahu suami saya tertekan sebab ada sahaja orang bercakap tapi dia kata tak perlu ambil kisah dan fokus sahaja tentang kehidupan harian.

“Apabila sudah berkahwin mestilah ada rasa nak duduk rumah sendiri dan berdikari. Jadi tidak timbul isu saya bergdh dengan mentua,” katanya. Sebelum ini ada pihak yang mendakwa hubungan Elisya dan mentua tidak lagi rapat seperti dahulu selepas dia mula tinggal di rumah baharu bersama suami dan anaknya sejak dua minggu lalu. Tambah adik kepada pelakon Fasha Sandha ini, dia juga terkilan apabila kedua mentuanya turut bersedih apabila menerima kata-kata ftnh sebegitu.

“Kalau ikutkan saya mahu biarkan sahaja apa orang nak cakap sebab kalau dilayan akan menjadi-jadi. Tapi apabila emosi ibu bapa mentua turut terkesan saya terpaksa bersuara di laman sosial. “Anda boleh berkata apa sahaja tentang saya tetapi jangan cakap fasal keluarga. Selepas berkahwin mestilah keluarga mentua juga amat penting dalam hidup saya. “Tuduhan brblah dengan mentua itu sangat berat sebab ia melibatkan keluarga. Saya tidak melihat dakwaan tersebut sebagai satu kontroversi yang harus diperkatakan kerana ia adalah ftnh,” tegasnya.

Bercakap soal kerjaya, Elisya berkata, ketika ini dia sangat memilih tawaran diberikan kerana mahu memberi fokus membantu suami, Uzair Haqimy menguruskan syarikat produksi milik mentuanya, JS Pictures. Kata Elisya, dia hanya akan menerima sesuatu tawaran sekiranya watak diberikan menarik dan tidak menganggu tugasan di syarikat. “Kalau ada tawaran watak yang menarik barulah saya akan terima sebab sekarang ini saya lebih fokus membantu suami menguruskan produksi.

“Suami adalah adalah sulung dalam keluarga dan dia akan ambil alih produksi, jadi sebagai isteri saya haruslah membantu,” jelasnya. Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada21 Ogos 2021 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Bunga Elhaq, sembilan bulan. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.