Enam kru dan penumpang sebuah pesawat ringan Cirrus SR22 terselamat lepas pesawat mendarat guna payung terjun

Pesawat buatan AS berkenaan diselamatkan oleh peranti yang dipanggil Cirrus Airframe Parachute System, lapor The National News. Enam kru dan penumpang sebuah pesawat ringan Cirrus SR-22 terselamat selepas pesawat itu mendarat menggunakan payung terjun di Belo Horizonte, Brazil, Sabtu lalu. Kejadian pesawat ringan itu mendarat dirakam saksi yang terkejut melihatnya terapung berhampiran bukit dilitupi hutan di wilayah selatan Minas Gerais. Rakaman video dimuat naik oleh Aeroin, sebuah perkhidmatan berita penerbangan Brazil menerusi Twitter.

Pasukan bomba ke lokasi kejadian mendapati empat kru, seorang kanak-kanak dan seorang bayi berusia tiga hari, terpinga-pinga, namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan berikutan kejadian tak diingini itu yang disebabkan oleh kegagalan enjin. Ia bukan kali pertama pesawat Cirrus diselamatkan oleh sistem payung terjun yang direka untuk menyelamatkan anak kapal. Namun, sistem itu tidak semestinya melindungi pesawat daripada kerosakan akibat hentakan. Bulan lalu, sebuah pesawat Cirrus di Brazil terpaksa menggunakan payung terjun menyelamatkan mereka yang berada di dalam kapal selepas ia mengalami masalah enjin. Pesawat itu juga dilengkapi pintu sisi kecemasan sekiranya pintu utama terhalang akibat terhempas.

Pada 2014, payung terjun Cirrus digunakan ketika sebuah pesawat jenis sama berada di atas pergunungan Blue Mountains, Australia, dan menyelamatkan tiga kru dengan pesawat itu. Tahun lalu, Vision Jet SF50 syarikat sebuah pesawat jet membawa tiga orang mengalami kerosakan berhampiran Lapangan Terbang Kissimmee Gateway di Orlando, Florida dan berjaya menggunakan payung terjun untuk mendarat dengan selamat di kawasan berpaya. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.