Pelakon Puteri Sarah tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi. Difahamkan, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, itu ke Mahkamah Syariah bagi memfailkan hadanah. Bagaimanapun maklumat terperinci mengenai permohonan itu akan diketahui nanti. Hadanah bermaksud penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.
Semalam Syamsul akhirnya bersuara apabila memberitahu beberapa alasan tuntutan nusyuz yang dibuat ke atas isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini. Syamsul, 39, memberitahu, antara alasan tuntutan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya adalah kerana wanita itu masih berhubung dengan bekas kekasihnya yang kini berstatus suami orang.Sebelum ini, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perpisahan mereka. Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.
Sumber: KOSMO! ONLINE. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.