Ada pula individu yang cakap dia bongkak, tak boleh berdiam sekali Que Haidar tampil buat permohonan maaf

Tiada angin tiada ribut, nama pelakon Que Haidar tiba-tiba dipetik individu yang mendakwa dirinya bongkak serta memilih hanya melayan peminat yang memberi hadiah atau duit semasa melakukan siaran langsung di TikTok. Berdasarkan sebuah ciapan, individu berkenaan berkata aktor ini bersikap ego sepanjang siaran langsung tersebut berlangsung. Tak nak tengok sangat QH (Que Haidar) TikTok live. Dia memilih, hanya baca komen kawan-kawan yang bagi coins (hadiah) pada dia saja. Kita yang miskin, dia tak komen. Dia ada ego sebab dia pelakon kan,” tulis individu berkenaan.

Menyedari namanya menjadi sebutan, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar tanpa berdiam diri tampil menjernihkan keadaan menerusi satu hantaran status di TikTok. Menurutnya, dia memohon maaf kepada individu tersebut terlebih dahulu kerana telah menggoreskan hatinya. Jelas Que Haidar, aktor filem terkenal Lagenda Budak Setan ini tiada niat untuk mengabaikannya.

“Assalamualaikum semua. Selalunya sebelum saya akhiri live, saya akan mendoakan untuk semua dan saya juga minta maaf jika ada silap saya serta rakan-rakan pada semua yang menonton. Saya cuba. Saya cuba untuk tiada sesiapa pun yang terasa hati dengan saya. Ya, saya cuba. Maaf sekali lagi pada sesiapa yang masih ada terasa hati dengan saya. Kepada saudara ini yang post tweet tentang terasa hati dengan saya, saya tidak tahu apa niat saudara tapi saudara sentiasa dalam doa saya. Maaf jika saya terlepas pandang komen saudara,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikutnya memuji Que Haidar seorang pelakon dan selebriti yang rajin melayan peminat-peminatnya dan dakwaan tersebut adalah tidak benar. Dia ok je la. Tak sombong. Beratus-ratus komen pun laju. Mana yang dia sempat dan perasan, dia bacalah,” kata salah seorang warganet. Kredit Xtra.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.