Bulan ramadhan tahun ni sangat berbeza, ini pula luahan Shuhada bila sambut puasa tanpa suami

KEDATANGAN bulan Ramadan tahun ini cukup berbeza buat Nurul Shuhada Mat Shukri apabila dia tidak dapat menyambutnya bersama suami iaitu pelakon Hafidz Roshdi. Shuhada, 29, bagaimanapun berkata dia akan terus kuat demi dua anaknya meskipun terpaksa menyambut bulan mulia ini tanpa suami di sisi. “Saya kena kuat untuk anak-anak, selalunya ada bersama suamikan? “Tahun ini sangat berbeza,” katanya ringkas. Dalam pada itu, bercakap mengenai parut di wajahnya, Shuhada berkata, ia akan kekal selamanya.

Bagaimanapun, dia akan menjalani rawatan susulan bagi memeriksa kesan luka dan jahitan pada bahagian pipinya itu. “Luka ini ada rawatan susulan, ia memang parut kekal,” katanya lagi. Pada Selasa, Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula pengesahan lafaz talak dibuat Hafidz terhadap Shuhada. Ia susulan Shuhada mendakwa dia pernah dilepaskan sebanyak dua kali iaitu kali pertama pada 22 Januari lalu menerusi WhatsApp dan kali kedua melalui panggilan telefon pada 22 Februari lalu.

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai itu. Kes perpisahan itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun. Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan mengasari pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Pelakon Tundukkan Playboy itu membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret. Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri. Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman ditahan maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Mahkamah kemudian membenarkan Hafidz diikat jamin RM4,000 selain turut memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.