Akui isteri hamil 5 bulan, kapsyen Remy Ishak pada gambar jadi tumpuan warganet

Baru-baru ini, pelakon Remy Ishak berkongsi foto isterinya, Ezza Yusof di sebuah restoran menerusi Instagram Storiesnya (IGS). Pada foto tersebut, Remy dilihat memberi sekuntum bunga ros merah kepada isterinya ketika sedang ‘berdating’. Namun, apa yang menarik perhatian ialah Remy mengakui bahawa dia seorang yang romantik namun tidak boleh tunjukkan selalu kerana risau Ezza menjadi peminatnya. I memang romantic, malas nak tunjuk selalu. Takut nanti u jadi peminat,” gurau Remy.

Terdahulu, Remy berkongsi bahawa isterinya itu sedang hamil anak sulung mereka yang kini telah mencecah lima bulan usia kandungan. Remy dan Ezza telah bernikah pada 21 Ogos 2021 yang telah berlangsung secara tertutup di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Pelakon Remy Ishak memaklumkan bahawa isterinya, Ezza Yusof kini sedang hamil lima bulan selepas dihujani soalan itu di media sosial sebelum ini. Memetik laporan Kosmo! Remy mengesahkan berita kehamilan isterinya itu dan mengakui ia sebuah pengalaman yang luar biasa untuk bergelar bapa. Bukan sebab saya tak nak dedahkan atau apa. Sebelum ini waktu ditanya, kandungan masih lagi di peringkat awal. Doktor pun beri nasihat tidak mengembar-gemburkan dahulu. Jadi, memang tak boleh nak cakap (kongsi) apa sangat. Sekarang dah stabil dan kandungan Ezza pun doktor kata sihat, bolehlah saya kongsikan kepada orang ramai,” jelas Remy. Kongsi Remy, dia dan isteri telah melakukam imbasan (ultrabunyi) dan kandungan isteri dalam keadaan sihat.