Tiada niat nak lukakan isteri, Akhirnya Rizky Billar mengaku ada lemparkan benda ni pada Lesti Kejora

KES kegnsn rumah tangga pelakon Rizky Billar terhadap isterinya iaitu penyanyi Lesti Kejora masih lagi menjadi sebutan ramai meskipun kedua-duanya kini memilih jalan berdamai dan kembali hidup bersama. Antara yang menjadi bualan adalah dakwaan terhadap Rizky yang dikatakan membaling bola snuker ke arah isterinya itu ketika kejadian berlaku antara mereka pada hujung September tahun lalu. Akhirnya mengakui perbuatan tersebut, Rizky bagaimanapun memberitahu dia tiada niat untuk melukakan isterinya dan bola snuker yang dibaling itu tersasar ke arah lain.

“Kejadian itu memang berlaku, tetapi melemparkan bola snuker ke arah Lesti adalah tidak benar. Ketika itu saya sangat marah dan hanya mahu menggertak Lesti, bola itu dilemparkan ke arah lain. Saya tiada niat untuk melukakan isteri. Saya tiada niat untuk lukakan ibu kepada anak kami,” ceritanya dalam satu temu bual bersama Denny Sumargo. Sedar akan perbuatan tersebut adalah satu tindakan salah, Rizky berharap berharap kejadian itu dapat memberi pengajaran buat diri sendiri supaya lebih menyayangi isterinya itu. “Ada sebab kenapa kejadian itu berlaku dan kenapa saya bertindak begitu. Tetapi saya ingin tegaskan bahawa perbuatan itu salah.

“Menggertak isteri pun satu perbuatan salah. Semoga kejadian yang berlaku itu menjadi satu pengajaran buat saya,” jelasnya. Kredit: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.