Pekerja pembinaan yang fanatik terhadap kapal terbang, membina rumahnya berbentuk seperti jet peribadi berhampiran bandar Siem Reap. Chrach Peou, 43, yang tidak pernah menaiki pesawat sanggup menghabiskan wang simpanannya berjumlah AS$20,000 (kira-kira RM88,500) untuk membina ‘pesawat’ konkrit lengkap dengan sayap, ekor, gear dan enjin. Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia mengambil masa hampir setahun untuk membina rumah menggunakan wang yang disimpannya selama 30 tahun. Ini adalah impian saya sejak muda lagi, jadi saya gembira dapat mencapai impian. Kami boleh tinggal, tidur, menggunakan tandas dan makan di sini seperti dalam kapal terbang. Ia milik saya sendiri dan saya sangat gembira,” katanya kepada AFP.
Rumah yang dilengkapi dua bilik tidur dan dua tandas didirikan atas tiang setinggi enam meter di kawasan sawah padi itu boleh dikunjungi orang ramai, dan mereka boleh mengambil swafoto dengan bayaran 50 sen sehingga AS$1 (kira-kira RM2 hingga RM4). Mengulas lanjut, Peou berkata, dia mereka bentuk rumah itu selepas menonton video jet peribadi di internet. Kim Muoy, 28, semasa berkunjung ke rumah itu bersama keluarga memberitahu AFP, ia cantik, menarik dan terdapat pokok palma berdekatan. Sementara itu, Peou menyimpan impian untuk menaiki pesawat sebenar suatu hari nanti.
Kredit Berita Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.