Bukan biasa biasa, selamba je individu ni jadikan katak sebagai haiwan peliharaan

Gelagat ‘Mumu’, katak peliharaan Ruhaifilia Abdul Rani, 34, sering mendapat perhatian pengikut laman TikTok setiap kali beliau berkongsi mengenai koleksi haiwan eksotik dipeliharanya. Ruhaifilia yang lebih dikenali sebagai Mawar dalam komuniti pemilik haiwan eksotik berkata, Mumu adalah spesies katak Bullfrog African yang memiliki berat 1.5 kilogram yang dipelihara sejak setahun lalu. Katak bukan haiwan spesies peliharaan yang boleh diterima ramai orang termasuk peminat eksotik sendiri.

Selain perempuan, lelaki juga sangat geli dengan katak berdasarkan rupa kulitnya yang berlendir dan menggerutu. Saya kerap berkongsi mengenai koleksi haiwan eksotik peribadi dalam TikTok menggunakan medium itu untuk beri pendedahan mengenai katak salah satunya. Mumu kerap muncul bersama saya dan saya sendiri sengaja lepaskannya untuk pengikut yang mengikuti ‘live’ (siaran langsung) dapat melihat keletah katak terbabit. Kata wanita kelahiran Paka, Terengganu itu, usahanya membuahkan hasil apabila ramai mula tertarik untuk memiliki katak sebagai haiwan peliharaan.

Kata Mawar, selain Mumu, Mokmok iaitu katak spesies sama berusia lapan bulan bersama tiga lagi katak Pacman antara koleksi dipelihara ketika ini. Mengenai keunikan katak peliharaan, Bullfrog African dipelihara kerana saiznya, sementara Pacman pula disebabkan warna dan coraknya. Sebelum pelihara Bullfrog African, saya pelihara Pacman dahulu dan pernah memiliki 15 ekor dalam satu masa. Kini hanya tinggal tiga ekor kerana seekor demi seekor mt. Satu lagi ketika itu saya masih tidak arif dalam penjagaan dan menyebabkan risiko pemergian lebih tinggi bagi katak peliharaan,” katanya. Menjelaskan perbezaan ciri-ciri atau karakter kedua-dua spesies katak terbabit, selain saiznya, katak Pacman lebih mudah melompat dan lebih sensitif.

Apabila menjaga kedua-dua katak ini saya perasan Bullfrog African lebih lasak dan mudah dijaga. Pacman pula lebih lincah kerana saiz kecil selain mudah mt jika diet dan air diberikan kurang bersih. Saya perlu tukar air dalam bekas kotak simpanan Pacman lebih kerap iaitu dua atau tiga hari sekali berbanding akuarium Mumu dan Mokmok yang boleh bertahan seminggu sekali,” katanya. Bagi membina hubungan ‘mesra’ dengan haiwan kesayangannya, Mawar berkata, dia kerap bermain dengan katak terbabit. Katak sebenarnya bukan spesies boleh dibelai atau dipeluk seperti kucing atau arnab kerana tabiatnya boleh menggigit. Itu tidak menghalang saya mendekatinya kerana saya ada cara memegang atau bermain dengan katak peliharaan. Bagi Mumu yang kurang agresif, ia lebih mudah dikendalikan.

Katak Pacman juga akan diberi makan dengan cara menyuap sekali sekala untuk membiasakan kehadiran saya sebagai tuannya. Saya akan bermain seperti meletakkannya di tapak tangan untuk membiasakan katak itu dengan kehadiran manusia. Untuk berjinak-jinak memelihara katak sebagai haiwan peliharaan, Mawar menyarankan katak Pacman atas faktor harga pasaran mampu milik dan mudah didapati.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.