Sharnaaz Ahmad pergi ke konsert Malam Bulan Bintang, tapi wanita sebelah dia jadi tumpuan warganet

Pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad menarik tumpuan wargamaya apabila dilihat menghadiri konsert Malam Bulan Bintang pada Sabtu, bersama seorang wanita. Menerusi video yang dimuat naik oleh @bulanbintangsite di TikTok, pelakon yang turut dikenali sebagai Mamu ini dan pasangannya duduk bersama beberapa orang selebriti lain seperti Beto Kusyairy dan isteri, Nadhir Nasar serta Mierul Aiman. Dalam pada itu, aksi mesra antara pelakon berusia 38 tahun dengan wanita berkenaan sambil menikmati lagu dendangan Dato’ M. Nasir telah menimbulkan tanda tanya dan spekulasi antara warganet. Difahamkan, wanita tersebut adalah pelakon Amelia Christie yang sama-sama berada di bawah satu pengurusan dengan Sharnaaz.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan siapakah gerangan wanita di sebelah pelakon filem Jebat ini. Klik sini untuk lihat video.

Sumber, Oh Bulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.