Warganet minta Sharnaaz tarik diri dari filem Syamsul Yusof, sekali ini pula respon dari tuan badan

Minggu ini hangat isu antara Syamsul Yusof dan Datuk Aaron Aziz mengenai pengguguran Aaron daripada film terbaru arahan pengarah sensasi tersebut, The Original Gangster. Pada Rabu, Syamsul dalam satu sidang media menjelaskan punca isu tersebut berlaku dan memetik nama beberapa pelakon lain seperti Beto Kusyairy dan Sharnaaz Ahmad. Namun, selepas itu, Aaron pula tampil dengan video penjelasan mengenai apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka dan mengakui apa yang didedahkannya itu adalah benar dan bersumpah di depan Al-Quran.

Terkini, Pelakon Sharnaaz Ahmad turut tampil membuka mulut mengenai isu tersebut susulan ada warganet yang menggesa dia dan Beto menarik diri daripada terus bekerjasama dengan Syamsul. Menerusi perkongsian di Instagram, Sharnaaz menyatakan dia tidak setuju dengan gesaan tersebut kerana apa yang berlaku di antara Syamsul dan Aaron adalah hal peribadi. “Hormatilah bulan Ramadan. Tak perlu bergdh-gdh. Setan pun off day, jadi siapa yang setan sebenarnya? Nope, we are profesional. We don’t bail out unfinished business. Personal is personal. As a director, you have my full support and respect Syamsul, without a doubt.

“Yang tahu je tahu. Makin banyak bercakap, takut terselak kain sendiri kanda. Take note,” tulisnya menerusi hantaran di Instastory. Tambah Sharnaaz, tindakan untuk memboikot filem tersebut adalah tidak adil kerana banyak pihak terlibat sudah memberikan yang sepenuhnya dalam menjayakan filem tersebut. Untuk menjayakan filem ini bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak hati dan lelah telah dicurahkan. Ada anak dan isteri dan awek yang ditinggalkan, bekerja dalam bahaya, buat ‘stunt’ yang membahayakan.

“Kualiti yang diberikan oleh semua team dan pengarah adalah yang terbaik Malaysia pernah cipta. Bukan gangster yang cuba diangkat tetapi kualiti dari gambar, lighting dan aksi-aksi yang besar dan di luar skala biasa filem Malaysia. “Jika Malaysia tidak mampu menghargai karya dan penat lelah setiap kru, pelakon, director hanya disebabkan mulut satu dua orang yang ingin menghancurkan usaha dan pengorbanan kami, itu sangat tidak adil. Ramai lagi mulut dalam team Original Gangster yang perlu disuap, anak-anak mereka. Jangan disebabkan amarah anda, dibnh periuk nasi orang-orang di belakang tabir ini,” jelasnya.

Sementara itu, Sharnaaz juga berharap semua pihak dapat berfikir dengan wajar dan tidak mudah mempercayai sesetengah pihak sahaja mengenai isu ini. “Tak semua yang keluar daripada mulut orang marah itu benar. Tak semua yang keluar dari mulut orang yang diam itu salah. “Wartawan dan warganet, anda sudah bijak dari case case study sebelum ini. Janganlah cepat percaya dengan apa yang ‘dihidangkan’. Walaupun nampak seperti sambal belacan, test test rupanya budu(h),” katanya.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.