Gelagat Shukri Yahya kacau isteri masa buat live jadi perhatian warganet, sekali dia siap pesan macam ni lagi pada isteri

Pelakon popular, Shukri Yahya seringkali jadi perhatian peminatnya apabila tampil menerusi video live di TikTok milik isterinya, Tya Adnan. Bahkan, gelagatnya yang bersahaja membuatkan peminat dan pengikut Tya berasa senang tiap kali aktor itu tampil dan menyakat isterinya. Terbaharu, menerusi perkongsian dilaman sosial tersebut, Shukri sekali lagi menyakat isterinya itu ketika sedang membuat tutorial tudung. “Live gone wrong selepas Shukri masuk. Susah saya nak buat tutorial tudung,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Dalam perkongsian video berlainan pula, aktor itu sempat memberi pesanan buat isterinya agar melabuhkan tudung yang dipakai sekaligus memuji warna hijab yang dipakai Tya. “Ala cantiknya pakai color merah pula..Sayang tadi saya tengok awak pakai style lain, yang ni lain pula? Lilit-lilit. “Tapi sayanggg, pakai labuh-labuh tau, jangan singkat-singkat. Tapi jangan lah labuh sangat sampai ke lutut pula,” selorohnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri ini yang disifatkan sangat bahagia selain ada yang jug ayang berasa cemburu melihat tindakan Shukri melayan isterinya dengan baik. perkongsian video ini masing-masing berdurasi 2 minit ini telahpun meraih lebih 1 juta tontonan. Klik sini untuk lihat video.

Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.