Daripada pelakon ke penyanyi, single terbaru Puteri Balqis buat ramai yang terkedu

Pelakon Puteri Balqis tampil dengan single sulungnya yang berjudul Rinduku selepas 12 tahun menghiasi industri lakonan tanah air. Lagu yang dihasilkan di bawah naungan syarikat rakaman Rusa Music itu telah ditulis oleh penulis lirik Arnab Santai. Baru sahaja dimuat naik menerusi platform Youtube dua hari yang lalu, lagu Rinduku itu sudah mula menerima pelbagai respons dalam kalangan peminatnya. Berdasarkan pemerhatian XTRA di TikTok, Rusa Music menyatakan penyampaian dan lirik lagu lirik tersebut merupakan luahan ikhlas dari hati Balqis. Lirik ikhlas dari hati Puteri Balqis Ashikin, tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya mengakui tersentuh dan memuji nyanyian Balqis. Setakat artikel ini ditulis, single pertama Puteri Balqis itu sudah menerima sebanyak 133,000 tontonan dan 10 ribu tanda suka di YouTube. Kredit Xtra.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Hanya untuk tujuan kerja dan kongsi puisi, Puteri Balqis akui agak kekok dan takut untuk gunakan platform ni dan rupanya ini sebabnya. Puteri Balqis kini mempunyai akaun rasmi TikTok. Pelakon Puteri Balqis akhirnya membuka akaun TikTok sebagai platform berkongsi aktiviti seni dan memuat naik puisi yang ditulis. Balqis atau Puteri Balqis Aziz, 15, bagaimanapun berkongsi rasa takut membuka akaun di laman sosial berkenaan kerana sedar ramai menggunakan TikTok. “Hello, saya Puteri Balqis. Ini adalah akaun TikTok pertama saya dan saya hanya menggunakan untuk tujuan kerja dan berkongsi puisi. Saya agak kekok dan takut untuk menggunakan platform media sosial ini kerana ramai yang bermain TikTok,” katanya.

Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish memuat naik video di laman sosial itu bagi memaklumkan tentang akaun rasminya yang menggunakan nama @morosechildofficial. Pun begitu, Aqish berkata, dia bersyukur kerana peminat sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan agar pengikutnya sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Namun, saya bersyukur kerana anda semua sentiasa menyokong saya dan saya doakan agar anda semua berada dalam keadaan baik,” ujarnya. Dalam pada itu, rata-rata warganet memberikan sokongan terhadap pelakon ini dan mendoakan kejayaannya dalam bidang lakonan selain memintanya untuk tidak mensia-siakan bakat pada dirinya. “Tahniah, Balqis. Moga terus berjaya. “Hi Aqish, saya di sini untuk awak. Semoga Allah sentiasa bersama awak walau di mana sahaja kaki melangkah. Done follow Aqish, semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah. Kami sentiasa sokong Aqish,” tulis pengikutnya. Sebelum ini terhadap banyak akaun palsu menggunakan nama Aqish di platform berkenaan. Sehingga kini, akaun TikTok berkenaan sudah mempunyai lebih 5,000 pengikut dan Aqish memuat naik video pertama di platform itu lima hari lalu. Sumber, Mstar Online