Wani Kayrie berjaya rakam Fajar dalam masa sehari sahaja

Penyanyi Wani Kayrie memaklumkan berjaya menyelesaikan proses rakaman lagu single terbaharunya berjudul, Fajar dalam masa sehari sahaja. Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah mengaku amat selesa dapat bekerja dengan komposer terkenal Audi Mok yang pernah menghasilkan lagu ‘Aku Suka Kamu’. Proses rakaman hanya memakan masa selama sehari sahaja, senang bekerja dengan Audi Mok kerana beliau pernah menulis lagu untuk saya sewaktu berumur 17 tahun. Dia tahu akan kebolehan vokal saya, dan mudah untuk kami mengembangkan idea semasa rakaman single ini.

Banyak juga yang saya belajar dengan komposer lain antaranya Shazee Ishak yang memberi idea ‘ad lib’ (penambahan), penambahbaikan lagu dan selalu berpesan untuk menyanyi dengan ‘hati yang ikhlas’ kerana baharulah mesej yang cuba disampaikan lebih terkesan, dan tidak bergantung hanya pada nyanyian teknikal sahaja,” kongsi Wani dalam satu sebuah kenyataan. Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun ini memaklumkan muzik video Fajar juga mengangkat kisah tiga individu berbeza sedang bergelut dengan masalah tersendiri. Ibarat mengimbau masa silam, tiga kisah yang berbeza dengan individu yang berbeza perlu membuat pilihan sama ada ingin terus menyalahkan diri sendiri atas kekhilafan atau pasrah menerima setiap takdir yang tertulis dengan redha,” jelasnya.

Dalam masa sama, gadis berasal dari Sandakan, Sabah yang kini dalam proses persediaan menjalani latihan praktikal bagi menyempurnakan semester akhir jurusan Undang-Undang selama enam bulan berharap single Fajar diterima baik para pendengar. Saya berharap agar setiap pendengar dapat menerima lagu ini dengan hati yang terbuka dan selamilah setiap bait-bait liriknya yang membawa ‘seribu satu’ makna dalam kehidupan kita semua kerana ada pengajarannya di situ,” akhirinya. Kredit Astro Awani. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.