Video Aafiyah bertutur dalam bahasa inggeris tarik perhatian orang ramai, baru 4 tahun tapi dah fasih

Siti Aafiyah merupakan anak perempuan kepada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga Datuk Seri Khalid Jiwa. Aafiyah yang kini berusia empat tahun merupakan anak kesayangan Datuk Siti dan Datuk K kerana penantian hampir 12 tahun untuk mendapatkan zuriat. Meskipun dilimpahi dengan kasih sayang, Datuk Siti tidak lupa untuk menerapkan segala ilmu supaya anaknya menjadi seorang yang boleh dibanggakan kelak. 

Terbaru, perkongsian salah seorang pengguna Instagram mengenai Aafiyah menarik perhatian ramai dimana Aafiyah bertutur dalam bahasa Inggeris.  Aafiyah yang sedang bermain dengan anak patungnya sedang ralit bercerita menggunakan bahasa Inggeris.  “Imaginasi kuat ye Siti Aafiyah,” tulis individu tersebut pada ruangan kapsyen. Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut memuji kepandaian anak kepada usahawan selebriti ini bertutur dalam bahasa Inggeris. Klik sini untuk lihat video.

Komen Warganet:

Sumber: SinarViral. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.