Anak perempuan sulung kepada penyanyi dan usahawan terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti, iaitu Siti Aafiyah sering menjadi perhatian ramai. Baru – baru ini, Aafiyah menjadi bualan ramai apabila Tokti dan keluarga bercuti ke Genting Highland sempena sambutan hari lahir Aafiyah yang kelima. Momen kejutan hari ulang tahun oleh ayahnya iaitu Datuk Seri Khalid Jiwa di sebuah resort di sana dikongsikan oleh Tokti ke laman sosialnya sebagai kenangan. Terbaru, perkongsian mengenai Aafiyah di Instagram salah seorang peminatnya sekali lagi menarik perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, Aafiyah yang sedang berbual bersama pembantunya bertanyakan soalan yang mencuit hati. “Kak Izah nanti nak buat competition ke, nak buat konsert?” tanya Aafiyah kepada pembantunya. “Tak lah ibu je yang buat konsert,” ujar pembantunya sambil ketawa. “Amboi soalan Aafiyah,”tulis individu tersebut. Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur mendengar soalan cepumas daripada Aafiyah. Klik sini untuk lihat video.
Komen Warganet:
Sumber: TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.