Buat live ada masalah dengan keluarga. terkejut bila tiba tiba Fathia Latiff luahkan perasaan macam ni

Perkongsian terkini pelakon sensasi Fathia Latiff meraih perhatian ramai selepas memuat naik pendedahan keretanya dilnggr oleh individu tidak dikenali ketika berada di sekitar Shah Alam. Difahamkan, individu berkenaan telah mengundur secara tiba-tiba membuatkan keretanya dilnggr di bahagian depan. Menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories (IGs), pelakon drama rantaian popular ini Ariana Rose ini meluahkan rasa kesal terhadap bapanya kerana tidak menyarankan dirinya untuk membuat aduan di balai polis.

Salam Ramadan. Saya tak faham kenapa zaman ini jahat sangat manusia. Haritu saya depan Shah Alam mall bawak kereta nak masuk ke parking pusat membeli-belah itu which is on the left side. Masa saya nak masuk parking, ada kereta kat depan saya tiba-tiba undur dan lnggr saya. Dia turun lepastu saya pun call bapa saya dan bapa saya suruh dia call polis. Saya macam sedih juga tiba-tiba polis suruh datang buat aduan kalau tak polis keluarkan waran.

Dan saya pun tak tahu nak buat apa, Saya call bapa saya dan bapa saya cakap suruh dia (individu melnggr) bagi tahu polis. Saya jadi blur, pergi bagi tahu makcik tu suruh bagi tahu polis. Satu lagi, saya terlupa perlu buat aduan di pejabat polis dalam masa 24 jam. Dan paling saya sedih, kenapa bapa saya tak suruh saya yang buat aduan tapi suruh perempuan tu yang buat aduan. Saya rasa sedih sebab, rasa tak adil dengan layanan yang orang berikan pada saya. Dan setiap kali saya nak luahkan perasaan, saya mesti rasa macam ada orang halang dan distract saya untuk tak bercakap benar,” tulisnya.

Tidak habis disitu, Fathia turut membuat siaran langsung di Instagram miliknya sebentar tadi namun begitu telah menerima reaksi yang kurang senang daripada pihak keluarganya, terutamanya ibu dan bapa. Menerusi video berdurasi 1 minit 43 saat itu, Fathia meluahkan rasa kesal terhadap ibu bapanya yang seakan menghalang dirinya untuk tidak meluahkan perkara yang terjadi di media sosial. Tak perlu nak buat live sampai nak post dekat media sosial.. Tahu tak berapa banyak orang yang baca? Clarify dulu dengan Abah kalau Kak Ya (Fathia) rasa betul… Apa ni Kak Ya? Kak Ya kena tenang dan berfikir dengan waras, jangan buat macam ni,” nasihat ibunya.

Bidas Fathia, dia berada dalam keadaan tenang dan mempersoalkan mengapa dia tidak boleh meluahkan perasaannya di media sosial. Kak Ya tak faham kenapa saya tak boleh nak luahkan apa yang saya rasa di media sosial.. Kak Ya rasa sangat terncm sekarang ni, Kak Ya takut..,” katanya dalam nada yang gelisah. Sehingga kini tiada sebarang kemaskini dibuat oleh Fathia berhubung video siaran langsungnya itu.. Namun begitu, menjengah ke ruangan komen ada yang menganggap Fathia diserang ‘anxiety’ selepas berlaku kmlngn kecil. Bagaimanapun, hantaran di IGS serta video live terbabit telah dipadamkan oleh Fathia.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.