Takut kena kritik dengan warganet, tak sangka rupanya ramai yang suka Uqasha Senrose berlakon watak penyondol

Saya pun tergelak sendiri bila baca komen ramai yang sokong ‘penyondol’. Dunia ini dah akhir zamankah? Sebab cantik? Mana boleh begitu. Salah tetap salah.” Demikian kata pelakon, Uqasha Senrose saat ditanya mengenai watak wanita ‘penyondol’ atau perampas suami orang, bernama Eyra dalam drama lakonannya, Isteri Halal. Menurut Uqasha, dia risau sekiranya watak itu dikritik, namun, tidak menyangka bahawa ia mendapat reaksi berlwnan daripada penonton. Dalam banyak-banyak watak yang saya lakonkan, saya paling takut untuk bawakan watak Eyra ini. Saya takut kena kritik. Cuma, yang pelik adalah ramai yang menulis komen di Instagram, menyokong Eyra, seolah-olah, mereka menyokong penyondol.

Jujurnya, watak saya adalah sebagai perampas, yang mana, menjadi isu hangat dan sedang diperkatakan sekarang. Ia berkisar mengenai wanita yang tak menjaga hati wanita lain,” katanya kepada Harian Metro. Isteri pelakon Kamal Adli ini berkata, dia tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah lelaki yang sanggup menipu dan berkasar dengan isteri, hanya untuk berpoligami. Ya, memang betul, lelaki boleh berkahwin empat, tapi dengan cara yang betul. Bukan dengan cara menipu dan mengasari isteri. Saya tak tujukan kepada sesiapa. Tapi, kenapa sunnah itu saja yang lelaki nak ikut. Drama Isteri Halal mengisahkan Eyra lakonan Uqasha, yang bersahabat baik dengan Adellia. Namun, persahabatan mereka hancur apabila Eyra jatuh hati kepada suami Adellia, Zayn sekali gus nekad untuk merampas lelaki itu.

Selain Uqasha, drama adaptasi daripada siri popular Filipina berjudul The Legal Wife itu turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Isyariana, Aidit Noh, Nazim Othman dan ramai lagi. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.