Selamba je boleh pakai kain terbelah, penampilan terkini Uqasha Senrose kena kritik dengan warganet

Pelakon popular, Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen menjadi bualan hangat warganet apabila dia tampil menggayakan dress berwarna hitam yang terbelah di bahagian tengah sehingga paras betisnya telah mencetuskan kritikan ramai. enerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Uqasha di laman Instagramnya, dia berkongsi butiran mengenai solekan dan gaya rambut yang digunakan untuk sebuah penggambaran drama. Namun begitu, apa yang menarik perhatian warganet adalah penampilan Uqasha Senrose yang dikatakan agak menjolok mata telah mengundang perhatian ramai.

Mana tidaknya, ada individu yang tampil berani menegur pakaian yang digayakan Uqasha hingga mempersoalkan sama ada suaminya ada menegur penampilannya itu. Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan nasihat buat pelakon yang berusia 30 tahun itu supaya memakai pakaian yang lebih menutup aurat demi menjaga imej islam. Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar isteri kepada pelakon terkenal, Kamal Adli kembali ke jalan yang benar dan dapat menjaga maruahnya sebagai seorang wanita muslimah.

Sumber, omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.