Muka sampai kena jahit, terkini keluarga sahkan Hafidz Roshdi yang mengasari bekas isteri

Ahli keluarga mengesahkan Nurul Shuhada Mat Shukri dipercayai menjadi sasaran kegnsn suaminya iaitu pelakon Hafidz Roshdi awal pagi tadi. Menurut laporan mStar Online, ahli keluarga yang enggan dikenali berkata, Hafidz menmbk Nurul Shuhada beberapa kali sehingga cedera pada bahagian mata kiri dalam kejadian berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor.

“Iya, itu adalah Shuhada dan dia telah ditmbk oleh Hafidz. “Kejadian berlaku awal pagi tadi. Mulanya berlaku pertengkaran dan kemudian Hafidz menmbk Shuhada tiga kali pada bahagian muka,” kata ahli keluarga tersebut. Sementara itu, sumber memaklumkan sewaktu kejadian, dua ahli keluarga Nurul Shuhada menjadi saksi berlakunya kejadian terbabit sebelum membawa wanita berusia 29 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital. “Selepas kejadian kami buat laporan polis dan bawa Shuhada ke hospital. Dia terpaksa menerima jahitan akibat luka pada muka. “Kami juga melakukan pemeriksaan CT scan bagi memastikan tiada sebarang kelukaan dalam. Shuhada sudah dibenarkan pulang dan tidak ditahan wad,” ujarnya.

Mengulas lanjut, sumber berkenaan mengakui Nurul Shuhada masih dalam keadaan terkejut dan memerlukan masa untuk berehat. “Shuhada masih terkesan dengan apa yang berlaku. Sekarang dia perlu masa rehat. Syukur keadaanya kini stabil,” kongsinya lagi. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan perkara itu selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit. Shafa’aton berkata, siasatan lanjut sedang giat dijalankan dan dalam proses untuk merakam percakapan mangsa selain kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Nurul Shuhada memuat naik di InstaStory memaklumkan dia kini sedang menerima rawatan di hospital akibat kelukaan dialaminya secara ‘tiba-tiba’. Sumber, OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.