Tular pasal isu tak setia, sekali ini pula luahan dari Afieq Shazwan buat ramai yang kagum

Penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan, 26, tidak terlalu memikirkan isu tak setia serta kehadiran ‘orang ketiga’ dalam perhubungan yang hangat diperkatakan kini kerana status dirinya masih bujang. Afieq atau nama sebenarnya, Mohammad Shafieq Shazwan Zamros berkata, dia tiada jawapan yang spesifik untuk mengulas isu itu memandangkan masih bujang dan belum ada kekasih lagi. Apabila ada pihak media bertanya pada saya mengenai isu tak setia, orang ketiga yang didakwa ‘penyondol’ baru-baru ini, saya hanya mampu menjawab masih solo dan bujang.

Saya tak tahu nak jawab apa sebabnya daripada laporan berita dibaca, kisah babitkan ‘penyondol’ adalah wanita dengan lelaki sudah berkahwin, manakala saya pula masih bujang dan tiada kekasih. Kalau dah bujang macam saya, siapa yang nak ‘sondol’. Namun, saya doakan terbaik dan dipermudahkan segala urusan kepada mereka yang berhadapan masalah ini (orang ketiga),” katanya kepada Harian Metro.

Afieq yang meledak dalam lakonan dengan watak ‘anak ikan’ atau ‘sugar baby’ menerusi drama Rampas Cintaku di platform penstriman iQIYI tahun lalu berkata, dia juga bersyukur tidak diganggu wanita kaya yang ingin ‘membelanya’. Alhamdulillah, saya hanya dikritik sebagai Rizal dalam drama saja kerana watak dilakonkan menjadi. Realitinya, syukur saya tidak diganggu atau menerima tawaran daripada mana-mana wanita sebagai ‘sugar mama’.

Saya hanya bekerja dan apa yang dilakukan dalam drama itu atas dasar kerja semata-mata. Jadi, apabila ada orang panggil saya ‘anak ikan’ atau ‘sugar baby’, biarlah sebab mereka dah menonton drama saya. Ditanya juga pembabitannya dalam sekuel drama Rampas Cintaku 2, Afieq berkata dia masih dalam pertimbangan. Katanya, banyak perkara yang perlu diambil kira dan dia menyerahkan kepada pihak pengurusannya. Sempena Aidilfitri tidak lama lagi, Afieq kini muncul dengan lagu hari raya baharu, Terpaling Di Hari Raya bersama penyanyi dari FMC Music iaitu Wany Hasrita, Muna Shahirah, Tajul, Wani Syaz dan Tuah Adzmi.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.