Aiman Tino, sah akan mengadakan majlis akad nikah dengan bakal isteri, pada Khamis ini.

Bapa kepada penyanyi Aiman Tino, Yusri Ishak mengesahkan majlis akad nikah anaknya dengan bakal isteri, Syarah Haifa, berlangsung Khamis ini. Yusri ketika dihubungi berkata, majlis itu akan diuruskan sepenuhnya oleh penaja yang juga pengendali acara.

Majlis akad nikah akan berlangsung selepas solat Asar kira-kira jam 5.30 petang di Segambut. Semuanya diuruskan oleh pihak penaja. Aiman kata, keluarga datang sahaja nanti dan menikmati majlis hari bahagia ini,” katanya kepada Harian Metro. Ditanya mengenai persediaan anaknya, Yusri yakin, ia adalah keputusan terbaik dibuat oleh penyanyi yang popular menerusi lagu Ku Rela Dibenci itu untuk kehidupannya.

Kalau rasa teruja itu, mungkin ada, tapi dah biasa sebab ini adalah menantu ketiga dalam keluarga. Sebagai ibu bapa, apa yang penting adalah, dia suka jodohnya. Pokok pangkal adalah dia sendiri. Kalau umur dia 23 tahun pun, dan dia rasa dah bersedia untuk berumah tangga, teruskan. Kalau umur dia dah 27 tahun pun, tapi belum bersedia, tak jadi juga.

Saya yakin, Aiman sendiri pun tahu mengenai komitmen barunya ini dan mungkin sudah tiba masanya untuk ada orang jaga makan minum serta pakaiannya. Dia pun inginkan teman hidup.” katanya. Selain majlis akad nikah, Yusri turut memaklumkan majlis resepsi pula akan berlangsung di Shah Alam pada 6 Mei ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai penyanyi berusia 25 itu yang mendedahkan akan mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Syarah Haifa pada tahun ini selepas menghantar rombongan merisik Januari lalu. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.