Tular sebuah video Twitter apabila seorang pelakon baru, Amir Ahnaf menjawab soalan yang ditanya oleh Amelia Henderseon dalam podcast Studio Sembang yang dikendalikan oleh aktres itu. Menerusi video tersebut, Amelia bertanya tentang apakah perkara yang paling ditakuti oleh Amir. I takut orang, sebab manusia ni sangatlah bijak, depan macam tu, dalam kita tak tahu. Semua orang boleh berlakon. Dunia ini adalah pentas, siapa pelakonnya? Selagi pentas ini berlegar, silalah berlakon. Berlakon sejauh mana yang kau mampu,” kata Amir dalam video tersebut.
Namun kenyataan itu mendatangkan pelbagai reaksi yang kurang senang dari netizen. Ada yang mengatakan bahawa kenyataan Amir kedengaran agak ‘cringe’ di halwa telinga mereka. The cringe was you all treat him like he invented the quotes. Why you all acting like it’s too deep,” kritik warganet di ruangan ‘quote tweet’. Namun kenyataan tersebut hanyalah pendapat Amir yang hanya menjawab soalan Amelia. Terdapat juga segelintir yang menyokong kenyataan Amir seolah-olah pelakon memahami perasaan golongan yang mempunyai masalah untuk bersosial.
Betullah tu. Berapa ramai introvert yang terpaksa berlakon untuk jadi orang bersosial dan jaga hati rakan, berlakon jadi ramah untuk mendapatkan client, berlakon tak malu sebab nak puaskan hati semua orang. Balik rumah, energy drain dan taknak bercakap dah. Penat otak tiga hari. Betul apa yang dia cakap. Nak terlalu jujur dengan orang kadang-kadang orang tak suka. Kadang-kadang kita jujur, orang pula sebar aib. So better kita pilih berlakon supaya tak merosakkan environment orang lain, hati orang lain,” tulis warganet lagi.
Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.