Muat naik video sambutan harijadi, isteri Nd Lala sebak terima kejutan daripada ank

Isteri kepada Datuk ND Lala, Datin Fauziah Sarman sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila memuat naik sebuah perkongsian di media sosial, baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Instagram, Fauziah atau lebih mesra disapa Mamazie itu memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia menerima kejutan daripada anak-anak sempena hari ulang tahun kelahirannya. Lebih manis, kejutan tersebut dibuat oleh anaknya yang juga penyanyi, Syada Amzah.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah Fauziah dilihat sebak lalu mengalirkan air mata saat memotong kek. Terima kasih anak-anak baru dan lama,” tulisnya ringkas. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mengambil kesempatan untuk memberi ucapan kepada ibu penyanyi, Shila Amzah itu. Namun ada juga yang meluahkan rasa sebak melihat saat Fauziah memotong kek tersebut, seolah-olah menyimpan perasaan sedih dalam diri. Saat mamazie potong kek tu, nampak 1001 kesedihan yang dia pendam. Mungkin juga teringat kenangan-kenangan lama tapi end up tak dihargai,” tulis seorang warganet di ruangan komen.

Fauziah menjadi perhatian susulan dia membuat pendedahan wajah wanita yang didakwa telah berkahwin dengan suaminya, ND Lala di Instagram miliknya. Februari lalu, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.