Anak tiri penyanyi Deja Moss menjadi perhatian di Tik Tok apabila video yang dimuat naik rata-rata memuji kecantikan gadis remaja itu. Deja atau nama sebenarnya, Sharifah Hadijah Wan Moss memuat naik video berkenaan beberapa hari lalu dan turut menerima pujian daripada selebriti jelita, Nur Fazura. Oh hello kamu si gadis cantik menawan (beautiful lady),” komen Fazura. Lawanya anak Deja Moss, macam Barbie Doll,” kata wargamaya. Ingatkan pakai filter tadi, cantiknya MasyaAllah,’ komen pengguna media sosial.
Cantiknya! Kita cari filter apa yang digunakan di bawah..hahahaha…sekali tengok rupa-rupanya ini adalah video asli,” kata peminat. Deja yang dikenali dengan lagu Asmara ini menjelaskan, gadis yang berada dalam video itu merupakan anak perempuan suaminya. Ramai warga maya yang bukan sahaja memuji kecantikan anak tirinya malah meluahkan rasa kagum kerana Salma dan Laila boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih. Malah, ada dikalangan peminat lelaki yang menggelar Deja sebagai ibu gara-gara terpesona dengan kecantikan anak remaja penyanyi itu.
Deja berhijrah ke Chicago, Amerika Syarikat (AS) kerana mengikut suaminya, Maher Khani yang juga seorang ahli perniagaan berketurunan Amerika Syarikat-Syria yang kini berada di AS. Mereka berkahwin di Chicago pada Jun 2019 selepas enam bulan Deja berpisah. Terdahulu, Deja pernah mendirikan rumah tangga dengan Azfendy pada 30 Ogos 2008 dan bercerai talak satu pada Oktober 2018 malah mereka tidak dikurniakan anak. Walaupun sudah berhijrah ke AS namun Deja tidak lokek berkongsi tentang perkembangannya disana buat tatapan peminat. Klik sini untuk lihat video.
Deja Moss dilihat sibuk dan banyak memfokuskan masanya membesarkan keluarga serta melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti di sana. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.