Tengah hangat pasal isu rumahtangga, Dr Fadzilah Kamsah buat satu kenyataan berkaitan pasangan main kayu tiga

Pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah tampil membuat satu kenyataan berkaitan isu tak setia dalam rumah tangga meraih tumpuan warganet baru-baru ini. Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram, Fadzilah menulis bahawa sesuatu hubungan yang retak gara-gara dicurangi takkan pernah kembali normal. Menurut Fadzilah, biarpun hubungan pasangan itu reda dengan pujukan namun luka tetap akan terpahat di hati biarpun sudah memaafkan. Hubungan takkan pernah kembali normal apabila pasangan berlaku tak setia.

Benar, kita boleh memaafkan. la boleh dilafazkan dan keadaan nampak seperti kembali normal. Si dia ‘move on’ dan begitu juga dengan kamu. Tetapi kita kena sedar ni, memaafkan tak bererti melupakan. Sungguh, pasangan memujuk, “takpalah. Lupakanlah semua tu, maafkan saya ya.’ Lalu, kamu pun mengiyakan. Niat untuk reda tetapi bukan senang nak lupakan. Luka di hati, kan? Siapa yang tahu,” kongsinya di Instagram. Sehubungan dengan itu, Fadzilah yang sudah lama mengendali ribuan kes tak setia rumahtangga masyarakat turut memberi pesan terhadap mana-mana pasangan yang berlaku tak setia agar bersedia dengan kehilangan pasangan kelak.

Maka buat kalian di luar sana yang bermain kayu tiga di belakang pasangan kamu, beringatlah sebelum terlambat. Ingatlah bahawa sebuah kepercayaan itu umpama kaca. “Once broken, considered sold.” Sekali pecah, kalian yang kena menanggung ‘harganya’. Maka siaplah untuk kehilangan pasangan, hatinya, kepercayaannya dan sudah cinta,” pesannya. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.