Makin kerap dengar konflik rumahtangga dalam kalangan selebriti, kali ni Anzalna Nasir tampil kongsikan tips untuk kekal bahagia

Sejak kebelakangan ini, semakin kerap kita dengar mengenai konflik rumah tangga yang berlaku terutama di kalagan selebriti dengan kehadiran orang ketiga. Malah, ia turut menyebabkan segelintir di kalangan kita ‘trauma’ lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih bujang mendirikan rumah tangga. Namun begitu, masalah ini dapat diatasi sekiranya kedua-dua pasangan memainkan peranan bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga seperti mana dilakukan oleh selebriti jelita, Anzalna Nasir.

Menurut pemilik nama Nur Anzalna Mohd. Nasir, dia mengakui setiap rumah tangga pasti tidak pernah terhindar daripada gelombang terutama perselisihan faham antara si suami dan isteri. Bagaimanapun, kesemua itu dapat di atasi sekiranya pasangan menyemai semula hubungan mesra mereka seperti pasangan yang baru bercinta. “Kami jenis walaupun sudah berkahwin, harus mengekalkan hubungan seperti baru bercinta. Setiap kali ada masalah, saya dan suami tidak berlama-lama memandam rasa. Sebaliknya akan menyelesaikan masalah dengan cepat,”ujarnya.

Ujarnya lagi, kedua-dua pasangan haruslah meletakkan ego masing-masing ke tepi terlebih dahulu agar segera menyelesaikan masalah yang sedang hadapi. “Setiap kali berbalah, tolak ego ke tepi, duduk bersama-sama dan perbaiki apa yang kekurangan,” Isteri kepada Hanif Zaki ini memberitahu dia bukannya mahu berbangga dengan keharmonian dimiliki tetapi hanyalah sekadar sedikit perkongsian untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata comel ini menasihati agar tidak berkongsi masalah rumah tangga di khayalak ramai, sebaliknya selesai secara bersemuka dengan pasangan masing-masing.

“Kehidupan ini ada jatuh bangun yang kita tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Ada masalah simpan sendiri sahaja (jangan hebohkan) dan selesaikan kesulitan dengan pasangan masing-masing. Jangan simpan dalam hati dan sentiasa berbincang jika ada apa-apa kerana apabila terjadi sampai satu masa akan meletup,” jelasnya. Selain itu, pelakon drama Aku Bukan Mistress menyarankan setiap pasangan suami isteri agar sentiasa menunjukkan ingatan terhadap pasangan masing-masing tanpa mengira jarak keberadaan mereka. “Apa yang saya boleh cakap selalulah anggap pasangan kita sebagai insan yang terbaik.

“Tiada siapa boleh melwn dia dan kekalkan dalam ingatan ke mana sahaja pergi, selalulah fikir mengenai pasangan. Itulah yang akan kekal dalam minda saya setiap kali keluar ke mana sahaja, ada urusan kerja di dalam negara atau apatah lagi di luar negara,”katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, finalis Dewi Remaja 2009/2010 meluahkan keterujaan apabila dapat mengeluarkan koleksi pakaian jenama sendiri bersempena dengan perayaan Aidilfitri pada tahun ini. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.