Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari memilih untuk tidak memaksa isterinya Scha Alyahya melakukan perubahan terutama dalam soal berhijab selepas mereka pulang daripada mengerjakan ibadah umrah pada Februari lalu. Menurut laporan Kosmo! Online, pengacara berusia 42 tahun itu mengakui isterinya kelihatan lebih manis apabila mengenakan hijab namun hanya mendoakan yang terbaik. “Sebagai suami mestilah saya mahu isteri menuju ke arah kebaikan dan tidak mahu sebarang perubahan dilakukan dengan cara paksaan.
Perkara seperti ini perlu datang dari dalam dan apa paling penting kami mahu perbaiki hubungan dengan Allah,” katanya. Awal berkata, isterinya pernah menolak pelbagai tawaran sebagai model bertudung tetapi semakin terbuka bagi menerima peluang tersebut selepas pulang dari Tanah Suci. “Sebelum ini banyak jenama yang menghampiri Scha untuk menjadi model bertudung tetapi dia belum bersedia. Namun, selepas balik umrah dia jadi lebih terbuka dan menerima kerja begitu. Sebagai suami saya hanya menyokong dan berada di belakang apa sahaja keputusan yang dilakukannya,” ujarnya. Mengulas lanjut, bekas pengacara Melodi itu menyifatkan penghijrahan bukan perkara mudah selain menyerahkan keputusan itu kepada Scha sendiri.
“Saya rasa ini merupakan perubahan besar bagi dia dan selalu juga saya usik sama ada dia ke arah penghijrahan. Dia tidak menidakkan dan mengiyakan cuma nampak lebih selesa memakai tudung. Jika dia buat keputusan untuk bertudung suatu hari nanti, mengapa tidak. Benda ini keputusan yang besar dan perlu beristiqamah,” kongsinya. Sementara itu, dia memaklumkan bukan tidak ingin memaksa isterinya tetapi yakin bahawa ‘proses’ berkenaan akan datang dengan sendiri.
“Kalau cakap tak paksa Scha, nanti warganet akan cakap, sebagai suami saya boleh berbuat demikian. Namun, kalau paksa dan perbuatan tersebut tidak datang dari hati, tiada guna juga. Penghijrahan datang dari dalam dan hijrah satu komitmen yang besar kerana jika sudah melakukannya kita mahu perkara tersebut kekal,” katanya lagi. Sumber: Kosmo. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.