Ramai yang mengharap dapat keluarkan duit Kwsp, sekali Menteri Kewangan dedah beberapa sebab kerajaan tak benarkan pengeluaran

Sejak belakangan ini, isu berkaitan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hangat diperkatakan oleh beberapa pihak terutamanya Ahli Parlimen pembangkang. Kecoh semalam apabila semua Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dari dewan selepas tidak berpuas hati usul pengeluaran bersasar KWSP ditolak. Justeru, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memberi respon dengan menjelaskan empat sebab kerajaan tidak membenarkan pengeluaran bersasar KWSP seperti yang diharapkan oleh sesetengah pihak.

Menurutnya, walaupun usul tersebut boleh dilihat sebagai salah satu program atau inisiatif daripada kerajaan, namun ia tidak melibatkan wang atau usaha kerajaan, tetapi sebaliknya akan mengurangkan simpanan hari tua rakyat sendiri. 4 sebab kerajaan tidak benarkan pengeluaran KWSP: KWSP diwujudkan untuk pencarum mempunyai simpanan di hari tua. 2. Menghadkan keupayaan KWSP untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan strategi pelaburan demi mendapat keuntungan yang lebih baik. 3. Kesan kepada pencarum lain walaupun mereka tidak keluarkan wang KWSP kerana pulangan secara keseluruhan akan menjadi rendah.

4. Sekiranya pencarum pergi menghadap illahi sekalipun, simpanan dalam KWSP akan dapat kepada waris. Ahli Parlimen Pandan itu juga memuat naik video menggariskan sebab-sebab tidak dibenarkan pengeluaran KWSP. “KWSP diwujudkan untuk memastikan pekerja-pekerja dan rakyat Malaysia mempunyai simpanan di hari tua. Ada yang kata kita mungkin mti esok, kalau pun (ditakdirkan) pergi esok, simpanan dan caruman dalam KWSP itu akan pergi ke waris-waris,” katanya.

Beliau juga menjelaskan apabila dana KWSP menyusut, ia akan menghadkan keupayaan KWSP untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan strategi pelaburan demi mendapatkan keuntungan lebih baik. Perkara itu akan memberi kesan kepada pencarum lain walaupun mereka tidak mengeluarkan caruman kerana pulangan KWSP secara keseluruhannya akan menjadi rendah. Tambahnya, kerajaan sebaliknya menambah lagi caruman dan simpanan di hari tua kepada pencarum. “Maka sebab itu kita pilih jalan yang memberi kebaikan kepada semua bukan memilih jalan singkat yang akan tinggalkan masalah kepada pemimpin lain pada masa hadapan untuk diselesaikan,” jelasnya.

Sebelum ini, seorang pemandu teksi nekad berjalan kaki dari Skudai, Johor ke Istana Negara bagi menuntut pengeluaran caruman KWSP secara one-off. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.