Baby Shima lebih berhati hati lepas kejadian Kamal Adli, rupanya dia pun pernah kena macam ni

Penyanyi Baby Shima mendedahkan pernah menerima ugutan bnh daripada individu yang tidak dikenali namun mengambil pendekatan untuk tidak ambil pusing mengenai perkara itu. Baby Shima atau pemilik nama penuh, Nor Ashima Ramli menjelaskan kejadian pelakon Kamal Adli diserang sehingga cedera baru-baru ini, menjadikan Baby Shima lebih berhati-hati dalam setiap pergerakannya. Saya sudah terbiasa dimarahi dan dimaki oleh segelintir masyarakat tanpa sebab, jadi saya maklum bukan semua orang menyukai kita. Jadi, saya sudah bersedia dengan kemungkinan itu. Biarpun pernah menerima ugutan bunuh dan sebagainya, namun saya enggan terlalu ambil serius mengenai perkara itu. Jika tidak bagaimana saya hendak mencari rezeki seandainya terlalu takut kan?

Oleh itu, saya mengambil pendekatan lebih berhati-hati jika ke mana-mana. Insya Allah, tidaklah sehingga ada yang ingin ke tahap ingin mencederakan saya,” katanya kepada Harian Metro. Baby Shima berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Buka Puasa dan Pelancaran Jelajah Marilah Pulang Floor 88 dan Xeno Entertaiment baru-baru ini. Baby Shima menjayakan lagu Pulang Beraya bersama Nanasheme, Asad Motawh, Alyssa Dezek dan Amir Jahari. Sering terpalit kontroversi, Baby Shima mengakui tindakannya sering kali disalah ertikan oleh segelintir pihak.

Kredit Berita Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.